Puan kalsom bersiap untuk pulang.dia seakan keberatan meninggalkan sahabatnya.dia juga berat untuk meninggalkan kampung.Hampir 2bulan dia disitu.Raihan dan Imran datang menjemputnya.
"yam nanti datang KL tau"ujar puan kalsom dengan tangisan
"insyaAllah,som nanti datang lah lagi"balas puan mariam
"kak yam nanti datang kenduri raihan tau"jemput raihan.puan kalsom dan raihan masuk kedalam perut velfire hitam itu dan kereta itu meluncur laju.banyak kenangan yang dibawanya pulang ke kuala lumpur.tapi dihatinya juga risau akan keadaan rumahnya dan anak anaknya.
"ibu,"tempik nazrul dan nazril
"acik ingat ibu taknak balik dah sini"rajuk nazril
raihan dan imran membawa masuk beg serta barang barang yang dibekalkan puan mariam.
"ibu"alisya mendapatkan mertuanya.
"ucu"disalam juga wanita itu
"lisya sihat,dua orang ni ada buat hal?"soal puan kalsom.alisya tersenyum dan menggeleng
"angah mana"soal puan kalsom
"oh..dia pergi gym dengan hadi"jawab alisya.dan dia kembali berlari anak mengacau masakannya di periuk.
ALISYA>ABANG CEPAT BALIK IBU DAH SAMPAI
NAUFAL>OK
dihidangkan makanan diatas meja.
"lisya ajak ayong skali"ujar puan kalsom.alisya mendail nombor abangnya
"salam ayong,ibu ajak makan tengahari dekat sini,hah ok ok"talian dimatikan
"kejap lagi dia sampai"jawab alisya.dia naik keatas mandi.disarung jubah mandi dan dihempaskan badannya keatas katil.letih.dia terlelap.naufal yang baru pulang membuka pintu.dilihat alisya ketiduran.dia keluar semula.
"korang makan lah dulu.angah makan dengan alisya jap lagi"ujarnya
"eh makan la sekali"ujar ibunya
"lisya tidur"jawabnya
"hah ok ok,"letih barangkali.rumah ini dijaga rapi.bersih kemas dan tiada habuk,pukul berapa dia bangun dan pukul berapa dia tidur..puan kalsom simpati.naina yang ada dimeja itu cemburu.naufal masuk semula kebiliknya.alisya masih ketiduran.dia mandi dan bersiap.seluar pendek dan singlet disarungnya.dia duduk disebelah isterinya.ditatap wajah yang keletihan itu dengan penuh sayang.jubah mandi itu sedikit terselak menampakkan sebahagian paha alisya yang gebu.dia bangun dan duduk di luar.menunggu alisya bangun.kedengaran suara dengusan kecil.badan alisya berbalik balik.naufal membiarkan.aishh..takkan takde nafsu laki aku ni..getus hati kecil alisya.rupanya dia terjaga ketika naufal mandi tetapi di mahu melihat reaksi naufal.alisya rasa bersalah,sudah hampir 6 bulan mereka berkahwin tapi dia masih belum disentuh naufal.
"abang"panggil alisya.naufal menoleh.dia bangun mendapatkan isterinya.ditepuk tilam.naufal berbaring disebelah isterinya.tenangnya.
"abang dah makan"soal alisya
"tunggu sayang"alisya bingkas bangun dan bersiap untuk turun.mereka menuruni anak tangga bersama.
"maaf ibu,ayong lisya terlelap"pintanya.
"tak pe,lisya bangun pukul berapa hari hari,ibu tengok bersih rumah."puji puan kalsom
"pukul 5 ibu..dia kata takut nanti ibu marah"seloroh naufal di dapur.muka alisya merah malu di usik naufal
"elok la lisya geng dengan ibu"usik fadzil lagi.raihan menghampiri mereka.
"eh dia tak makan lagi ke"soal naufal
"dah tapi malas nak tengok muka pompuan tu"geram raihan.khalil juga menghampiri mereka.mereka bergelak tawa.entah apa yang dibincangkan.rancak.fadzil yang menyertai mereka didapur tertawa besar
"apa yang seronok sangat korang ni,kokkikkokkik dari tadi"tempik puan kalsom
"anak tido ni,bising"tempik nya lagi.naina yang menepuk qalish tidur hanya memerhati.puan kalsom telah menerima kehadiran khalil dalam keluarganya.apapun mereka tetap adik beradik sebapa.
Naufal mengambil keputusan untuk pulang ke kondo kerana fadzil dan naina tidur disitu.motornya diparkir di basement.pintu rumah dibuka.mereka duduk disofa.letih.
"ah rindunya"ujar alisya.dia baring diatas badan naufal.mereka terlelap.tiba telefon naufal berdering.alisya mencapainya
"abang call"kejut alisya.tapi naufal diam
"hello"dia menjawab panggilan itu
"hah ok ok,jap lagi aku bagitahu dia"jawab alisya dan talian dimatikan.dah pukul 10malam.alisya bangun,mandi dan kembali ke sofa mengejutkan suaminya.naufal mamai.alisya sedang asyik menonton drama dipeluk naufal yang tidak berbaju.
"esok abang ada fotoshoot pukul 11,"ujarnya sebelum lupa
"sayang ada kelas?"alisya menggeleng..
"teman abang ya"alisya mengangguk.naufal bangun dan meninggalkan alisya sendirian diruang tamu.dia ada tournament online game malam ini.alisya membuka laptopnya dan mencari bagaimana mahu memikat suami..dungunya dia.akhirnya dia masuk k bilik dan tertidur sendirian.naufal asyik bermain game.
Muka alisya sedikit pucat.Dia gagahkan diri menemani suaminya berfotoshoot.Hari ini hanya naufal seorang.Naufal risau melihat keadaan alisya yang sedang menahan kesakitan.selesai fotoshoot dia segera mendapatkan alisya.
"sayang kenapa"soalnya
"senggugut,uzur"jawab alisya.didukung isterinya ke bilik rehat.selalunya jika alisya uzur dia tidak pernah sakit begini.naufal cuak.
"abang tolong belikan pad,lisya lupa bawa.dalam loker lisya ada seluar salin abang amik sekali"ujar alisya.naufal masuk ke kedai serbanika di kolejnya.tanpa rasa malu dicapai kotex yang selalu digunakan isterinya.ada beberapa gadis memerhati.lantas dia bergegas mendapatkan isterinya.misya dan siti datang membantu.
"alisya dia menang macam ni,kalau terlalu letih atau stress senggugut dia lain macam.kalau tak ok je"ujar misha.naufal sedikit gelabah.ditumpangnya khalil pulang kerana hari ini mereka menaiki motor.ditinggalkan alisya di kondo dan diambil keretanya di rumah ibunya.dia kelam kabut.puan kalsom terdiam memandang gelagat anaknya.
"ayong,kenapa tu"soal puan kalsom
"sya senggugut,ada kat kondo"jawab khalil seloroh
"la bini senggugut je tapi dia macam kucing nak beranak"usik raihan.tapi tidak diendahkan naufal.ford ranger itu meluncur laju
"baru tau ada bini ni macam mana,gelabah tak ketahuan"ujar puan kalsom.mereka tertawa..Dituam perut alisya agar sedikit lega.alisya tidur sepanjang hari.sakit teramat
Share this novel