bab 14

Romance Completed 15464

"assalamualaikum sayang"tegur naufal. mereka tidak ke kolej bersama hari ini. kelas mereka berasingan masa.
"waalaikumussalam.. "tangan naufal di letakkan keatas bahu alisya.
"korang kan sebelum kawin sweet,dah kawin jangan nak lebih sangat sweet tu kecewa aku yang masih tercari cari jodoh"ujar siti
"amboi tercari cari.. abis tu daus tu"usik alisya
"bak orang kata suami satu tapi pilihan tu kena banyak.. baru boleh pilih yang tepat,kan misha"jawab siti
"aku sokong... pilih yang terbaik untuk kehidupan"sampuk misha
"daus..siti... "belum sempat naufal habiskan ayat
"bie... sorry lambat"siti berlari mendapatkan firdaus. dia menoleh dan menjelirkan lidah kepada naufal dan alisya. mereka tertawa.
"jap lagi tunggu kat kereta ya.. kita balik sekali"ujar naufal
"baik suamiku"balas alisya manja. dahi alisya di kucup.naufal bergandingan dengan hadi berjalan menuju ke kelas. tangan alisya di rangkul
"ayong"tempik alisya.
"camne kehidupan sekarang"soal khalil
"baru dua minggu yong, tunggu la lama sikit periuk belanga terbang la"usik misha
"aishh, ok je.. kami tak duduk sekali lagi..masih berulang..."jelasnya
"hah kenapa dok asing, kan dah kawin"soal khalil
"tengok la lepas raya baru nak pindah"ujar alisya
"merana la naufal.. lambat unboxing"tawa khalil.. fikiran nakal nya. misha yang faham juga turut tertawa
"unboxing apa pula"soal alisya yang sedikit bendul
"kau la.. naufal tak unboxing lagi, malam pengantin balik rumah"khalil dan misha tertawa besar
"kuang asam"alisya menepuk nepuk bahu khalil dan misha. malu
"ayong nak kawin la macam ni.. "ujar khalil
"jom ayong kita kawin berdua"canda misha
"jom"khalil merangkul lengan misha dan bergandingan meninggalkan alisya di belakang.
"ayong!!! "tempik alisya berlari anak mendapatkan abang dan sahabatnya.

Minggu depan dah raya.. alisya berkira kira..apa lagi keperluan raya untuk dikirim kepada kampung.
"ayong apa lagi nak beli"soalnya
"cukup dah rasanya, baju mak abh zul dah ada, langsir, sarung sofa, alas meja.. "bicara khalil dihujung talian.
"esok kita tengok kuih raya"ajak alisya
"ok.."balas khalil
"esok lisya habis kerja pukul 3,ayong abis kelas pukul berapa? "soalnya
"pukul 2.30,abis kelas ayong singgah amik sya"mereka mengatur acara. ren menanti kelibat alisya. sudah lama mereka tidak kerja sekali, hari ini mereka akan bergandingan. alisya tiba.senyuman terukir tika gadis itu melangkah masuk ke dalam restoran. bak bidadari melangkah.. auranya terpana
"morning dear"ucap alisya
"morning"alisya memakai tanda nama. kemas. mereka mulakan tugas dengan profesional walaupon berpuasa.
"ren dah bagitahu semua yang ren dah islam? "soal alisya.
"dah..dorang ingat kita betul betul nikah"ren tertawa.
"dasyat... "alisya juga tertawa. ren rindu hilaian tawa itu. tapi apakan daya. dia harus mengundur diri. terima seadanya dan doakan kegembiraan dan kebahagian mereka.
"hari ni ada urusan?"soal ren
"lisya janji dengan ayong nak pegi beli kuih raya untuk mak, why"soal alisya
"owh, ren nak ajak beli baju raya"ujarnya
"jom la kita pergi sekali. poji dengan misha nak join juga kami"ujar alisya
"ok.. "kata sepakat ditemetrai

mereka berjalan sekitar bazaar raya. ramai yang keluar membeli di saat saat akhir. di dalam ramai ramai itu alisya tertangkap sepasang pasangan. naina.. tapi yang pasti itu bukan fadzil dan juga bukan lelaki yang ditemuinya tempoh hari. fadzil ada urusan kerja di luar.. siapakah lelaki ini
"sya kuih ni nak"ujar khalil. alisya mengalih pandangannya kini tertumpu pada kuih raya. tapi fikirannya masih kalut memikirkan tentang naina
"hai"naina menyapa alisya.alisya menoleh.
"sorang je ke"soal naina.
"tak dengan kawan"di tunjukkan yang lain pada naina.
"eh sir khalil.."tegur naina.
"ya.. "khalil ingat ingat lupa.
"i naina adha, "perkenalnya. khalil mulam mengingati. wanita ini pernah merosakkan hubungannya bersama tunangnya hanya kerana jihan teman baik naina tergila gilakan nya.raut wajahnya sedikit berubah
"oh.. beli barang ke"soal khalil
"ha ah dengan kawan"lengan lelaki persis mat saleh itu dirangkul mesra. aksinya amat daring.
"kami gerak dulu ya.. tangan alisya ditarik khalil.naina geram.
"sya kenal naina.. "soal khalil
"kenal, dia kakak ipar naufal"khalil dan misha melopong.
"omg, minah tu yang kau cerita tu"soal misha. alisya mengangguk.
"ayong macam mana kenal naina"soal alisya.
"dia tu ex student msu, bidang fashion.. jihan bff dia admire ayong, tapi ayong dah bertunang waktu tu"jelas khalil
"ayong pernah bertunang.. la kenapa tak kenalkan dengan kami"soal alisya
"kami dah putus sebab naina trap ayong. dia hntar gambar ayong dengan jihan dalam kereta. walhal waktu tu ayong marah jihan dan suruh keluar tapi di putar belitkann cerita"jelas khalil
"uish bahaya.. obses dah dorang ni"ujar misha terkejut
"yang boleh kami putus, ada hari tu dorang study ramai ramai dekat rumah ayong, lepas tu student lain dah balik tinggal naina dengan jihan, katanya tunggu boyfriend naina datang. ayong ok kan aje then masuk bilik mandi, tiba jihan ada dalam bilik and syikin tunang ayong buka pintu terkejut. terus kami pisah"cerita ayong sedikit getar. sedih barangkali. alisya tidak menyangka sejauh itu perangai mereka.
"kat kolej boleh pula buat muka tak malu"marah alisya
"jihan sampai sekarang kacau ayong.. tiap tiap tahun hantar hadiah harijadi"ujar khalil. alisya dan misha menggelengkan kepala. sudah dapat barang yang dibeli.selesai berbuka mereka mencari pakaian raya untuk ren dan fauzi. lelaki sedikit cerewet tentang outfit. naufal menyertai mereka disaat akhir. naufal memegang erat tangan isteri tercinta. ren hanya memandang sayu.setelah meronda dan hampir semua kedai dan butik pakaian mereka masuk akhirnya jumpa juga pakaian untuk dua jejaka itu. mereka beransur pulang. naufal mengambil kereta yang diparkir jauh dari tempat mereka. alisya menunggu naufal.. misha,fauzi dan ren sedang memasukkan barang kedalam bonet, manakala khalil menghidupkan enjin kereta.
"aduh"alisya menjerit kesakitan.
"sya"tempik khalil..
"sya kena ragut"alisya menangis menahan sakit.siku tapak tangannya luka akibat terjatuh. ren mengangkat alisya untuk dimasukkan kedalam kereta. harus dibawa ke hospital. tapi sempat dihalang naufal.dia merangkul pinggang alisya dan membawa alisya ke keretanya. ren seakan membantah
"she's my wife"ujar naufal. ren kaget dan melepaskan rangkulan tangan nya. ford ranger itu meluncur laju. ren memandang misha inginkan penjelasan
"ha ah dorang dah kawin, ayong jadi wali"ren tergamam. begitu juga fauzi. hatinya remuk. tiada lagu harapan untuk dia mendapatkan alisya. di dalam kereta, ren hanya berdiam diri. misha dan fauzi juga. tiada apa yang boleh dibualkan. mereka seakan tahu perasaan ren.

Alisha pulang ke kondo suaminya.naufal mengambil air untuk diberikan ubat.
"macam mana boleh kena ragut, dalam beg ada apa.. "soal naufal.
"ada fon dengan barang hygiene."ujar alisya.tangannya berbalut.
"nasib wallet huz pegang kalau tak ermnm"ujar naufal lembut
"nak mandi, huz tolong"alisya mengangguk. badannya rimas seharian berjalan. mana lagi dengan kotor jatuh. alisya terginjat ginjat kakinya turut luka.
"masuk bilik lisya la.. "ujarnya setelah meluhat naufal membuka biliknya.
"huz dah pindahkan semua barang lisya dalam bilik huz"ujar naufal. alisya terkial kial mahu membuka baju. sesekali kedengaran dia mengerang kesakitan.
"nak huz tolong"soalnya
"aihhh jangan.. lisya boleh buat.. ini lisya la. "ujar alisya. tiba kunci pintu dibuka dari luar. naufal masuk ke dalam bilik air. alisya tak keruan. dia cuba lari tapi ditangkap naufal. di buka baju dan seluar alisya dan dibuka butang baju dalamnya lalu naufal keluar. jantung alisya berdegup kencang. sebelum naufal keluar dia sempat berbisik
"huz takkan usik tubuh sayang selagi sayang tak bersedia. "alisya terkelu. dia keluar.. naufal sudah siap kan baju. dia mengelap tubuh isterinya yang basah. dibantu pakaikan baju. dirapikan rambut.
"nak makan tak"alisya menggelengkan kepala.
"kalau macam tu tidur ya.. rehat"diangkat tubuh genit itu dan diletakkan di katilnya. dahi isterinya dikucup. lampu dimatikan.
"good night sayang"naufal melangkah keluar. menonton bola. alisya merenung syiling.derhaka kah aku menidakkan hak suami. soal hatinya. merajukkah naufal.pelbagai persoalan yang bermain dibenaknya. purifier berbau lavender menenangkan fikirannya. alisya ketiduran.Dalam cahaya samar samar kelihatan naufal sedang sujud. alisya melihat jam. 4.30..sahur.. alisya bangun menuju ke dapur untuk masak tapi semuanya sudah terhidang. naufal memeluk erat isterinya dari belakang.
"jom makan nanti habis waktu"ujar naufal
"solat apa tadi"soal alisya.
"tahajud..sementara tunggu sahur. "balas naufal sambil mencedok nasi ke dalam pinggan alisya.
"bila huz masak"tanya alisya lagi
"huz beli dekat kedai tadi, time sayang tido "jawab naufal. mereka makan dan mengemas bersama. masih ada tersisa waktu sebelum subuh berkumandang.alisya duduk disebelah naufal yang menonton movie. tangan suaminya dipegang erat. kepalanya diletakkan dibahu naufal. tenang. bahagia terasa. naufal tersenyum.
"kenapa tak tido dalam bilik"soal alisya dia menyedari naufal tidur disofa ketika dia bangun untuk minum.
"takut sayang tak selesa, sayangkan sakit"wajah alisya direnung dengan penuh kasih
"ke huz merajuk"uji alisya
"nak merajuk kenapa"soal naufal lagi
"sebab lisya refuse"ujarnya
"Ya Allah, takde lah.. kan huz dah bagitahu huz takkan sentuh sayang selagi sayang tak ready"ujarnya.
"kalau lisya kata lisya ready"alisya merapatkan wajahnya ke wajah naufal. desahan nafas naufal sedikit gugup. anak matanya dilarikan tidak dapat menatap mata alisya. leher naufal dioles lembut jari jemarinya. nafas naufal sedikit laju. alisya menangkap bibir naufal dicium manja. mereka bercumbuan. tangan alisya tidak berhenti merayap ke tubuh sasa suaminya. leher jinjang suaminya dioles dengan bibir mungilnya. naufal membiarkan kelakuan alisya. makin laju nafas naufal. desahan keras nafas naufal kedengaran.
"ok done for today azan subuh dah berkumandang"ujar alisya.dia berjaya mengusik suaminya. naufal segera bangun dan membaiki bajunya. dia gelabah. malu. alisya ketawa melihat aksi suaminya.mereka berjemaah dan sambung tidur memandangkan hari ini hari minggu. mereka tidur bersama, alisya merebahkan badannya ke dada naufal yang tidak berbaju. mereka ketiduran.
DING DONG loceng rumah mereka berbunyi. alisya terjaga. pukul 10.00.siapa yang datang. soal hatinya. dibuka pintunya. NAINA. alisya terkejut. wanita itu tanpa segan masuk kedalam rumah mereka. dicampakkan handbegnya keatas sofa.
"kau buat apa kat sini, huzair mana"soal naina
"tidur"jawab alisya
"menjalang dekat sini pula,bulan ramadhan makin aktif kaukan.. "perli naina. alisya tidak mengendahkan pertanyaan naina.
"kau tahu kan ini rumah aku dengan huzair"ujarnya
"tahu"jawab alisya
"kau tak malu ke"provok naina. alisya diam. naina menuju ke bilik naufal. terlihat lelaki itu terbaring berselimut. naina tanpa segan berbaring didalam selimut naufal.
"kau keluar sekarang"tempik alisya.naufal terkejut.dia bingkas bangun apabila melihat naina disebelahnya. segera dicapai baju tapi direntap naina. tubuh sasa itu di kucupnya. jarinya mengoles six pack lelaki itu. naufal menepis dan mengambil bajunya lalu disarungkan. alisya berdiri disebelah naufal .
"kau buat apa kat sini"marah naufal. naina merebahkan badannya diatas katil naufal.
"i datang tengok rumah kita. i rindu. rindu semuanya.. termasuk katil ni"katil naufal di tepuk.alisya memandang naufal.
"no sayang, it's never happened. kau fitnah apa ni"tengking naufal.
"kenapa kau takut, kenapa nak takut pada jalang macam ni"
PANGGGGGG. naufal menampar naina. naina memegang pipinya, perit
"how dare you"marah naina.
"sebab kau dah melampau"marah naufal
"kenapa you takut sangat pada pompuan ni, belakang you... berapa ramai jantan yang dia tidur"lagi sekali pipi naina ditampar. tapi kalu ini dari alisya. mukanya merah menyinga
"kalau kau datang sekadar nak tabur fitnah baik kau balik"ujar alisya. naufal memegang erat tangan isterinya.
"kenapa kau takut rahsia kau terbongkar"ugut naina
"rahsia rahsia apa? " soal naufal.
"you tahu dibelakang you dia tidur dengan sir khalil. then dia sebenarnya isteri orang"lagi sekali alisya menampar naina. kenarahannya memuncak.
"kau kalau nak fitnah aku takpe tapi jangan libatkan abang aku, kau dah lebih"ujar alisya
"abang? siapa abang kau"soal naina
"sir khalil tu abang kandung alisya, gambar yang kau hantar tu bukan wedding alisya tapi orang lain, cina yang kau hantar gambar tu pengurus tempat kerja dia. tapi memang alisya dah berkahwin, kawin dengan aku"jelas naufal
"what"naina terkejut. alisya mengeluarkan kad perakuan nikah dan dicampakkan kepada naina. naina ambil dan diperhatikannya. dia terkejut.
" kenapa i tak tahu, "ujar naina
"sebab kau orang yang patut aku tak bagitahu"ujar naufal.naina tidak puas hati, dia keluar dari bilik itu dengan geram. handbegnya direntap kuat. amarahnya meluap luap. naufal menenangkan isterinya. alisya menangis lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience