BAB 9

Horror & Thriller Completed 4816

Aku baru pindah ke rumah baru. Rumah baru jenis kondo ini memang cantik dan juga mahal. Aku berpindah ke situ pun kerana berdekatan dengan pejabat dimana tempat aku bekerja.

Aku betul-betul gembira lah sebab dah lama aku impikan nak tinggal kat kawasan tu. Hari pertama aku berpindah ke situ aku dapati rumah tu dah siap dengan perabot, senang lah hati sebab tak perlu beli. Semua dah siap tinggal bawak pakaian jelah.

Aku pun memeriksa bilik tidur.. Memang cantik sebab katil, almari, meja solek dan meja menulis pun ada. Pendek kata memang lengkap lah kondo tu.

Yang menjadi kegilaan aku adalah cermin misteri yang berada di tandas bilik aku itu. Memang cantik cermin tu walaupun nampak macam misteri sikit. Mulanya aku nak buang sebab mak aku pernah pesan kat rumah jangan letak cermin banyak-banyak.

Aku tak tau kenapa mak aku pesan macam gitu. Tapi kerana cermin tu begitu lah cantik dan menarik minat aku ni jadi aku tak jadi lah buang. Cermin tu memang besar sebab boleh nampak satu badan aku. Ok lah tu kan sebab cermin besar tentu harga pun besar kan..

Malam pertama aku tidur kat rumah tu aku dapat rasakan ada benda yang tak kena sebab perasaan aku rasa rumah ni ada sesuatu yang tak kena sebab dari waktu Asar tadi aku tercium bau yang sangat lah busuk. Macam bau tahi pun ada.

Puas aku cari kat seluruh pelusuk rumah tu tapi tak jumpa! Apa pun tak ada. Rumah tu memang bersih je. Mana pulak datang bau busuk ni? Aku pun bertambah hairan lah sebab bau tu makin lama makin busuk dan buat kan aku rasa tak selesa.

Aku tinggal berdua je kat rumah kondo tu. Kawan aku seorang lagi, Farah jenis selalu tak ada di rumah kerana bekerja di awan biru. Itu yang bertambah seram aku ni. Tapi aku gagah kan jugak diri untuk membaca ayatul Qursi sebab aku memang selalu baca ayat suci sebelum aku tidur. Aku baca 7 kali lepas tu terus tidur.

Bukan hari tu je aku bau benda busuk tu tapi hampir setiap hari sehingga aku terpaksa pakai mask yang tutup mulut dan hidung tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience