BAB 4

Horror & Thriller Completed 4816

Setelah dia menceritakan keadaan yang sebenar, barulah aku tahu yang anak dan isterinya juga turut bermalam di Pondok Pengawal bersamanya kerana takut untuk tinggal di rumah. Rupanya, selepas dia melekatkan Ayat Qursi yang aku berikan, penghuni itu kembali menggangu dengan lebih keras lagi.

Ini memaksa dia membawa keluarganya bermalam bersamanya dan telah dua malam anak isterinya tidur di Pondok Pengawal itu.Itulah kali pertama aku melihat anak dan isterinya.

Apabila terlihat anak perempuannya yang baru berumur empat tahun pada waktu itu, hati aku mula tersentuh. Aku mula terfikir bagaimana keadannya jika penghuni itu sering manggangu budak kecil ini atau selalu menampakkan rupa yang menakutkan pada budak itu?

Kebetulan aku ada kelapangan pada waktu itu dan tanpa melengahkan masa, aku mengajak mereka menunjukkan rumah yang mereka sewa itu kepada aku. Mereka bertiga pulang dengan motosikal dan aku mengikuti mereka dengan motosikal aku.

Rakan aku itu mungkin belum mampu untuk memiliki sebuah kereta kerana pendapatannya yang tidak seberapa.Timbul lagi rasa kasihan terhadap mereka, sudahlah susah, dianiayai oleh tuan rumah itu pula.

Hendak mencari rumah baru dan berpindah pun bukannya mudah. Deposit sewa, deposit bekalan letrik dan air juga perlu diambil kira.Setibanya aku di rumah itu, aku mulakan dengan bacaan Al Fatihah dan Ayat Qursi sebelum turun daripada motosikal.

Kemudian aku melihat-lihat disekeliling rumah tersebut serta bahagian belukar di tepinya. Aku tidak merasakan sebarang perasaan luar biasa seperti seram sejuk atau bulu roma yang meremang.

Mungkin penghuni itu telah beredar lebih awal apabila mencium kehadiran aku.Aku meminta izin kepada rakan untuk mendirikan solat dan meminta satu jag air bersih. Setelah sejadah, tempat solat dan air disediakan, aku mendirikan dua rakaat Solat Sunat Hajat dan membacakan Surah Fatihah dan Ayat Qursi dengan kiraan tertentu pada air tersebut.

Setelah itu, aku memohon doa agar Allah kasihankan keluarga ini dan sudi membantu mereka. Air itu aku berikan kepada mereka untuk minum dan mandi setelah aku ambil segelas daripadanya.

Segelas air itu aku renjiskan keliling rumah itu sambil membaca Surah Fatihah dan Ayat Qursi serta berdoa agar Tuhan memberikan perlindungan kepada mereka. Alhamdulillah, selepas itu, mereka tidak lagi diganggu oleh penghuni rumah itu lagi.

Segala-galanya adalah dengan kehendak Allah, Dia Yang Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

Tidak sangka makhluk halus yang mengganggu penyewa rumah tersebut bersikap keras dan degil. Alhamdulillah walaubagaimanapun, kes tersebut sudahpun selesai dengan bantuan daripada Allah SWT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience