BAB 3

Horror & Thriller Completed 4816

Keesokkan paginya, dia menunggu aku lagi. Tapi kali ini wajahnya kelihatan berseri-seri, tidak mencuka seperti kelmarin. Pagi ini dia membawa berita gembira, yang penghuni di rumah sewanya tidak mengganggu pada malam semalam.

Aku mengucapkan Alhamdulillah dan mengingatkannya supaya banyak bersyukur kepada Allah kerana segala kebaikan adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Dia bertanya berapakah bayaran yang perlu diberikan kepada aku di atas pertolongan aku itu.

Aku tertawa dan bertanya kembali, adakah aku pernah menyebut tentang bayaran sebelum ini? Namun, dia tetap berkeras untuk memberi bayaran sebagai tanda terima kasihnya kepada aku. Aku memberi kata putus, jika hendak membayar juga, sedekahkanlah kepada mana-mana masjid. InsyaAllah, semoga dia dan aku akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Dan aku juga menyatakan supaya dia tidak terlalu gembira dan perlu berhati-hati kerana dikhuatiri perkara ini belum tentu sudah selesai sepenuhnya.

Berdasarkan pengalaman aku, Jin dan Syaitan memang licik, apabila mereka rasa terancam, mereka mungkin akan berpura-pura telah beredar atau berhenti daripada mengancam mangsa untuk mengelak daripada terpaksa berhadapan dengan orang yang tertentu. Bukanlah kerana orang itu hebat, tetapi mungkin kerana orang-orang yang mereka takuti itu lebih dekat dengan Allah.

Oleh itu doa mereka akan mudah dikabulkan oleh Allah dan ini menjadi ancaman besar kepada mereka. Tapi itu orang lain, macam aku ini, tidaklah sebaik manapun. Kebetulan saja Allah memang hendakkan perkara itu berlaku.

Setelah hampir sebulan penghuni itu tidak mengganggu, dia berjumpa aku lagi untuk mendapatkan kepastian, adakah penghuni itu benar-benar telah beredar daripada rumah itu?

Aku pun tidak dapat memberikan jawapannya, cuma Aku sekadar boleh mencuba. Aku memintanya menunggu dan kemudian mengambil wuduk. Sesudah itu, aku menulis Ayat Qursi pada sekeping kertas dan meminta dia melekatkannya dimana-mana dinding dalam rumahnya.

Keesokan adalah hari cuti , oleh itu aku tidak tahu perkembangan yang berlaku. Tetapi pada pagi Sabtu, aku singgah di pejabat untuk mengambil barang, aku kehairanan kerana melihat anak dan isterinya turut berada di Pondok Pengawal juga. Aku fikir, mungkin mereka ingin balik kampung atau ke mana-mana agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience