BAB 13

Horror & Thriller Completed 4816

Sepatutnya semua pelajar dari cawangan aku duduk hostel, tapi disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel untuk pelajar baru maka pelajar senior diminta mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.

Aku, Jeff dan Hadi bepakat menyewa rumah teres di sebuah taman perumahan yang baru ini. Selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di hujung lot dengan harga yang sangat murah dan berbaloi!

Kami tak pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak tuan rumah tu nak tengok rumah tu tapi dia kata semua rumah sama saja. Tapi masa nak buka pagar rumah tu kami dah terkejut sebab banyak bekas colok kene bakar, duit kertas yang dibakar, pastu kat sliding door tu digantung kain merah.

Kami pun angkat barang letakan kat dalam rumah, lagi lah tekejut tengok dalam bilik-bilik berselerak dengan kain merah kuning yang ada kesan di bakar. Disebabkan ketika itu dah petang, kami berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kampung dah dekat.

Sebagai keselamatan, kami pasang lampu rumah satu, dan lampu di luar satu dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yang banyak kat halaman kami tu.

Masa nak tutup grill tu aku perasan ada bayang-bayang kanak-kanak menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejatuh kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, tak de apa-apa pula. Lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu mungkin bayang-bayang aku sendiri. Ketika itu, aku tak naklah kecoh-kecoh. Tak pasal pula kami tak jadi duduk rumah tu, lagi pun dah siap bayar sewa kot.

Semua dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah. Sekali lagi aku nampak ada bayang-bayang kat umah tu, kan terang sebab langsir tak ada dan lampu plak pasang.
Akuu dah rasa tak sedap hati. Bayang-bayang tu macam berlegar di kotak-kotak yang kami letakkan tadi.

Jeff dan Hadi tak bercakap, tak tahulah sebab apa. Mungkin dia juga ada rasa sesuatu dari dalam rumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience