BAB 1

Horror & Thriller Completed 4816

Kes ini terpaksa aku terima kerana telah melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pejabat aku ketika itu dan juga merupakan seorang kawan. Itupun setelah beberapa kali perkara ini diadukan olehnya dan telah mencapai tahap kritikal kerana semakin mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Kira-kira sebulan sebelumnya, dia pernah mengadu kepada aku bahawa rumah yang disewanya menimbulkan pelbagai masalah pelik terutamanya di bilik tidur utamanya.

Apabila tiba waktu tengah malam, pelbagai bunyi yang didengari dengan jelas seperti pintu bilik dicakar dengan kuat, bunyi orang berjalan di dalam rumah dan lain-lain. Peralatan dalam rumah juga sering beralih tempat tanpa diusik oleh sesiapa.

Dia tinggal bertiga di rumah itu iaitu bersama isteri dan seorang anak perempuannya yang berumur 4 tahun.

Mereka juga menjadi mangsa gangguan misteri di rumah tersebut. Seringkali dia terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya di rumah mertua yang tinggal di kawasan berhampiran apabila giliran bertugas syif malam kerana bimbangkan keselamatan anak isterinya.

Aku meminta dia bertanya kepada jiran-jiran di taman itu tentang rumah yang baru disewanya samada mereka tahu sesuatu. Setelah ditanya kepada beberapa penghuni taman perumahan tersebut yang lebih lama menetap disitu, terbongkar cerita bahawa rumah tersebut lama tak berpenghuni dan memang telah jadi kebiasaan bahawa mereka yang menyewanya tidak akan tinggal lama di situ.

Para penyewa sebelum ini juga menghadapi masalah yang hampir sama dan ada yang hanya bertahan selama satu malam sahaja. Pelbagai kejadian aneh yang juga dialami oleh keluarga penyewa-penyewa sebelum ini dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengatasinya, namun sia-sia sahaja.

Penduduk setempat juga menceritakan yang sepohon pokok di sebelah rumah itu, sering dijadikan tempat pemujaan sesuatu sebelum taman itu dibina. Tidak pasti apa yang dipuja oleh pengamal-pengamal khurafat itu, kerana senario tersebut telah lama berlaku dan penduduk-penduduk ada zaman itu telah ramai yang tiada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience