BAB 11

Horror & Thriller Completed 4816

Kisah ini berlaku pada tahun lepas 2011. Ketika itu aku merupakan pelajar semester akhir dan menyewa rumah di taman berhampiran.

Ketika itu aku dan empat lagi teman serumah merupakan pelajar semester akhir. Memandangkan kami hanya berlima, maka kami membuat keputusan untuk menyewa rumah teres setingkat.

Pada hari pertama masuk ke rumah itu, aku terkejut apabila melihat syiling sangat tinggi hampir sama dengan rumah double storey. Pakcik aku pernah berkata bahawa benda halus suka duduk diantara bumbung yang tinggi dan lantai.

Masalahnya duit rumah sewa untuk satu semester telah pun bertukar tangan. Redha sajalah duduk di situ untuk beberapa bulan.

Setiap hujung minggu dua orang teman serumah kami yang berlainan kursus akan selalu pulang ke rumah. Tak tahulah masalah homesick ke apa. Jadi tinggallah kami bertiga yang sama kursus ini di rumah sewa itu.

Satu malam, kami belajar sama-sama di meja makan dekat ruang tamu. Aku menghadap ke pintu dapur, manakala mereka berdua menghadap pintu utama rumah. Sedang asyik mengira, tiba-tiba kami terdengar bunyi kuat dari arah pintu dapur yang menghala ke ruang mesin basuh. Mata aku bulat menatap pintu.

Kawan aku bertanya "bunyi ape tu?", aku hanya menggelengkan kepala tapi hakikat aku tahu rangka katil besi yang tersandar sendeng di ruang mesin basuh itu telah menghempap mesin basuh.

"Jom la tengok", bukan main cemas lagi muka semua orang. Perlahan-lahan kami berjalan ke dapur. Disebabkan aku paling senior, jadi akulah yang di hadapan. Sempat lagi tangan mencapai sebilah pisau sebagai senjata pertahanan jika lain yang datang.
"Siapa tu?" aku buat-buat berani nak tanya. Dalam hati ni kenapalah asyik aku aje yang terpaksa memberanikan diri yang hakikatnya penakut juga.

Mereka berdua hanya mengekori dari belakang. Semasa nak buka pintu, aku pejamkan mata sambil baca ayat kursi kuat-kuat.

Aku tak nak nampak apa-apa. Kawan-kawan aku di belakang ternampak makhluk genit tetapi mengerikan tertenggek di atas alang rangka katil itu. Lantas mereka tarik tangan aku lalu menutup pintu. Aku terduduk atas bungkusan sabun serbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience