BAB 2

Horror & Thriller Completed 4816

Lagipun, belukar itu jauh pada penempatan manusia sebelum taman itu.Telah ramai pengamal perubatan dan bomoh yang dipanggil untuk menyelesaikan masalah itu, namun masih belum berjaya. Mereka juga sering terlihat seakan satu lembaga sering bertenggek pada dahan pokok itu.

Aku bertanya, adakah pemilik rumah yang menyewakan rumah tersebut menyatakan apa-apa sebelum menerima wang pendahuluan dan membenarkan mereka memasukinya. Dia menyatakan yang tiada apa yang dimaklumkan malah pemilik rumah itu bersikap lepas tangan dan hanya menyuruhnya mencari bomoh sahaja.

Aku juga menyarankan agar dia dengan mana-mana bomoh atau pengamal perubatan yang handal dan terkenal selain mengadakan majlis tahlil serta bacaan Yasin beberapa kali walaupun telah dilakukannya sebelum memasuki rumah tersebut.

Setelah hampir sebulan berikhtiar, masih belum berhasil. Malah gangguan yang dihadapi semakin keras. Penghuni rumah itu seolah-olah ingin menghalau mereka keluar dengan segera daripada rumah itu.

Kali ini, bukan setakat isteri dan anaknya sahaja yang diganggu, Ibu Mertuanya yang menemankan keluarganya juga turut diganggu. Malah Ibu Mertuanya mengalami gangguan yang paling dahsyat berbanding dia, isteri dan anaknya.

Selain daripada gangguan-gangguan yang pernah mereka alamai, leher Ibu Mertuanya dicekik oleh penghuni itu sehingga sesak nafasnya dan setelah Ibu Mertuanya membaca Ayat Qursi di dalam hatinya kerana mulutnya tidak dapat bersuara, barulah penghuni itu melepaskannya.

Pada satu pagi, dia sengaja meninggalkan Pondok Pengawal lebih lewat kerana ingin menunggu aku. Dia mengadu masalahnya semula kepada aku dan meminta kalau-kalau aku dapat membantu. Dia juga menceritakan kejadian terbaru yang menimpa Ibu Mertuanya itu.

Setelah memintanya menunggu sebentar, aku bergegas ke pejabat dan mendapatkan sekeping kertas dan pen. Kebetulan, aku masih ada wuduk ketika itu dan terus menulis BismillahirRahmanirRahim dalam tulisan jawi pada tiga keping kertas kecil dan berikan padanya.

Dua daripada kertas itu aku minta dia lekatkan di atas pintu hadapan dan pintu belakang rumahnya. Manakala kertas yang terakhir aku minta dia letakkan di atas pintu bilik tidur utamanya kerana menurut ceritanya, kebanyakan gangguan berlaku di bilik itu.

Aku menegaskan kepadanya beberapa kali supaya dia sentiasa beringat bahawa kertas dan tulisan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa tetapi ianya hanya sebagai syarat untuk memohon pertolongan daripada Allah. Hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Share this novel

syucassion
2021-12-22 20:07:51 

cerita yg bagus


NovelPlus Premium

The best ads free experience