BAB 6

Horror & Thriller Completed 4816

Sesudah meletakkan kereta, aku pun keluar, dan dengan segera buka kasut, untuk mencari punca bau bangkai. Memang tepat andaian aku. Memang bangkai itu bukan datang dari kasut aku.

Bukan kerana aku terpijak bangkai, atau apa pun. Aku kembali ke kereta, dan dapati bau itu sudah hilang. Aku pelik. Oleh kerana aku sudah penat, aku pun masuk tidur.

Keesokan hari, aku bangun tidur dan dapati aku berada di bilik bawah, iaitu bilik yang digunakan untuk pembantu rumah. Aku bangun dalam keadaan gelabah dan terkejut.

Setahu aku, aku tidur di bilik, iaitu di tingkat atas. Macam mana aku boleh berada di bawah??? Memanglah menyeramkan. Aku duduk di atas katil, termenung dan terfikir-fikir. Aku bergegas ke pejabat seperti biasa. Aku tidak mahu memikirkannya. Aku pun menceritakan kisah itu dengan rakan kerja.

Aku: Joe, semalam, aku tidur di bilik aku. Pagi tadi aku bangun kat bilik dapur. Malam ni kau tidur rumah aku boleh? Temankan aku lahh.

Joe: Kau gilakah? Entah-entah semalam kau pergi minum arak, dah mabuk. Lepas tu dah tak ingat yang kau tidur bilik mana. Dah tu kau bagi tahu aku yang kau kena kacau?

Aku pun menekankan, yang aku tidak minum atau mabuk pada malam sebelumnya.

Aku : Semalam, kau telefon aku di pejabat jam 1.30 pagi, dan aku yang jawab. Agak-agak kau, aku mabuk ke malam semalam?

Dia terdiam seketika.

Joe: Kau biar betul?

Aku: Kalau aku tipu kau, aku boleh dapat juta-juta ringgit ke?

Joe mengangguk dan setuju untuk menemani aku pada malam itu. Hari itu, aku pulang awal. Aku keluar dari pejabat pada jam 4.30 petang. Joe telah berjanji untuk datang ke rumah aku pada jam 9 malam.

Joe memang suka mengkaji tentang kegiatan paranormal. Memang tidak silaplah aku memanggil dia datang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience