BAB 12

Horror & Thriller Completed 4816

"Akak, kitorang nampak kak. Akak nampak tak? Apa kita nak buat ni?!" Aku yang memang tak nampak apa-apa bingung.

"Korang nampak apa? Istighfar. Baca bismillah banyak-banyak. Jangan lupa ayat kursi."

Segera aku menyuruh mereka ambil wuduk dan baca yassin. Bila teringat balik, nasib baik bukan aku yang nampak.

Semasa kami baca yassin, rumah kami menjadi panas tiba-tiba.

"Kamu pergi bukak tingkap" arahku.

Kemudian terus membaca. Tiba-tiba pintu rumah dicakar-cakar berulang kali. Besi grill diketuk-ketuk. Bingit sungguh. Mahu berpesta agaknya. Selsai membaca yasin, kami pagarkan rumah. Kemudian bunyi yang bising pun hilang.

Keesokan harinya lepas solat subuh aku mahu melihat pintu di hadapan. Jelas sungguh kesan cakaran 3 kuku. Aku dah terbayang muka tuan rumah akan marah tengok keadaan pintu rumah macam ni.

Lepas itu aku pergi melihat keadaan ruang mesin basuh pula, besi katil yang menghempap mesin basuh itu kembali terletak pada kedudukan asalnya. Lama aku berfikir, mungkin mereka marah sebab masuk di rumah yang telah ditinggalkan lebih 3 hari sebelum kami masuk tanpa meminta izin.

Selepas kejadian itu, kami tidak sekali pun meninggalkan rumah kosong lebih dari 3 hari. Kalau mahu pulang ke kampung pun bergilir-gilir sampai hujung semester.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience