BAB 5

Horror & Thriller Completed 4816

Kini jam menunjukkan 12.41 tengah malam. Aku adalah seorang warga Indonesia, yang telah bermastautin di sini. Aku ditawarkan bekerja dengan sebuah syarikat dan pekerjaan aku amat memenatkan. Mengarang lagu dan lirik sehingga lewat pagi.

Pada hari itu, Aku sedang memandu dalam perjalanan ke rumah, dari pejabat di Subang Jaya, ke kawasan perumahan di Petaling Jaya. Memang itu kawasan elit, dan terdapat ramai orang kaya menetap di situ, tetapi tidak termasuk aku, kerana rumah itu hanyalah rumah yang disediakan oleh syarikat.

Memang rumah itu besar dan mewah. Rumah itu mempunyai enam bilik. Malangya yang tinggal di situ hanya aku seorang.

Pada hari pertama apabila aku mendapat kunci pada rumah tersebut, aku amat bangga dan gembira, kerana waktu di Indonesia, aku tidak dapat jejakkan langkah ke rumah seperti itu.

Pada malam pertama, aku pulang rumah lewat. Sekitar jam 3 pagi barulah aku keluar dari pejabat. Banyak sangat mesyuarat dan tugasan yang harus aku selesaikan di pejabat.

Aku tiba di Petaling Jaya kira-kira jam 3.30 pagi. Oleh kerana rumah aku yang paling hujung, aku terpaksa lalu beberapa rumah. Tiba di jalan yang kecil itu, aku memang gemar memandu dengan perlahan, kerana ingin lihat kereta mewah, yang kebanyakkannya meletakkan kenderaan mereka di luar rumah.

Perlahan-lahan memandu, aku menikmati pengalaman melihat kereta Lamborghini, Ferrarri, BMW, Mercedes dan lain-lain. Memanglah sunyi dan sepi.

Sedang aku menikmati melihat kereta-kereta mewah tersebut, tiba-tiba aku terdengar ketukan kuat di bahagian belakang kereta ku. Dengan pantas, aku brek dan keluar dari kereta dan cari apa yang telah aku langgar.

Tetapi satu benda pun tidak kelihatan. Oleh kerana aku berada di depan kediaman orang, aku bergegas masuk ke dalam kereta dan sambungkan perjalanan, takut-takut mengganggu orang lain yang sedang nyenyak beristirehat. Di lorong kecil itu, aku tidak boleh memandu laju.

Ikutkan hati memang aku nak pecut, tetapi takutkan pula ada rodaan polis. Maklumlah, merantau di negeri orang. Tingkah laku harus dijaga.

Sedang aku memandu, aku terbau bangkai. Amat busuk sekali. Kata aku dalam hati, “Alamak, terpijak bangkai pula.”

Aku memang sudah tahu, yang bangkai itu bukan punca dari aku, kerana baunya datang dari belakang. Aku tak nak takutkan diri sendiri. Aku pun pecut, dengan kelajuan 50KM/J, tak kira lah ada rodaan polis ataupun tidak.

Akhirnya, aku tiba di luar rumah. Pagar rumah pun buka secara automatik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience