BAB 8

Horror & Thriller Completed 4816

Anjing di sekeliling kawasan perumahan itu mula menyalak tanpa henti. Sepuluh minit kemudian pakcik itu pun keluar, sambil mengheret Joe, yang dalam keadaan seperti disampuk. Aku dan pakcik itu memegangnya dengan kuat, tetapi dia amat kuat.

Dengan bacaan seuatu, Joe meraung di lantai. Matanya merah dan wajahnya pucat. Waktu pakcik itu sedang membaca sesuatu, angin yang kuat menyapa tubuh. Akhirnya, Joe memberi jeritan yang amat kuat, tetapi suaranya seperti suara campuran lelaki dan perempuan.

Aku tak tahu macam mana nak terangkan. Kemudian, dia pengsan. Semuanya berakhir.

Lampu di dalam rumah pun menyala dengan tiba-tiba. Aku dan pakcik mengangkat Joe ke dalam rumah. Isterinya pun turut mengikut masuk. Joe terlantar di atas sofa.

Pakcik itu pun bertanya dalam loghat orang utara. Aku cuba untuk memahaminya, dan menjelaskan padanya apa yang berlaku hari sebelumnya.

Rupa-rupanya, kata pak cik ini, sesiapa yang tinggal di kawasan rumah ini, yang harus menempuhi jalan yang sama, iaitu jalan yang aku diganggu itu, harus pulang ke rumah sebelum Maghrib.

Kalau harus pulang lewat, jangan hiraukan apa-apa bunyi yang ketika dalam perjalanan. Di salah satu tiang lampu, ada tanda menyatakan: Jalan ini kotor. Berhati-hati. Tetapi ia ditulis dalam bahasa Cina.

Sesiapa yang keluar dari kenderaan, makhluk itu akan ikut pulang ke rumah.Apa sebab kehadiran makhluk itu tidak diketahui.

Pakcik itu beredar dari rumah bersama isterinya, meninggalkan aku dan Joe. Oleh kerana badi yang masih ada di dalam diri, aku pun memaksa diri untuk tidur.

Keesokkannya, aku menceritakan apa yang terjadi pada Joe. Katanya, dia nampak wanita yang cantik sedang duduk di atas katil. Wanita itu pun datang kepadanya.

Dia ingin lari, tetapi seperti telah dipukau, dia tak dapat berganjak sedikit pun. Seterusnya, dia tidak ingat apa yang terjadi.

Sehingga sekarang, aku masih menetap di rumah yang sama. Jikalau aku harus pulang lewat, aku akan tidur di pejabat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience