BAB 10

Horror & Thriller Completed 4816

Itu kejadian bau busuk dan yang ini berkenaan cermin yang berada dalam tandas aku tu pula. Aku dapat rasakan sesuatu yang pelik pada cermin misteri ni sebab hampir setiap kali aku melihat cermin tu aku dapati ada bayangan seorang wanita sedang berdiri disebelah!

Pernah jugak dia bukak cermin tu dan letak kat bilik stor, tetapi sekali lagi aku terkejut sebab cermin tu boleh berada kat tempat asal! Aku berisghtifar banyak-banyak masa tu sebab memang aku tak pecaya dengan apa yang aku alami ini. Farah pun sama, Dia juga alami apa yang aku alami.

Kadang-kadang bila tengah malam aku nak pergi tandas, aku macam perasan yang di bahagian tepi cermin misteri tu mengeluarkan cecair merah macam darah. Dengan bau hanyir lagi.. Kerana tak tahan dengan gangguan-gangguan misteri tu, aku pun pulang ke rumah mak.

Setelah lebih dua bulan aku tak hubungi Farah, aku pun telefon lah ibu dia nak tanya khabar dia sihat ke tak. Punya lah aku terkejut sebab mak Farah cakap sekarang dia terlantar sakit akibat mengalami sakit misteri.

Mengikut kata ibu dia, selepas dia berpindah balik ke rumah ibunya itu selepas aku pun keluar dari rumah itu, dia mengalami perubahan yang mendadak.

Farah menjadi semakin pendiam, muram dan cepat marah. Akibat dari sikap ganjil dia tu Farah telah diberhentikan kerja. Ditambah pulak dia sentiasa menangis seorang diri. Ibu dia pun risau lah sebab dia ni anak tunggal kan.

Yang paling teruk seminggu sebelum aku telefon tu Farah mengamuk macam orang gila dan sering menyebut, “Aku takut tengok cermin tu lah!!’ Sehingga memaksa ibunya membuang semua cermin di rumahnya.

Dah puas ibunya berikthiar untuk berubat tetapi semua gagal dan sia-sia. Sehingga badan Farah ni ditumbuhi bisul yang besar-besar di seluruh badannya.. Sehingga kini aku tak tau apakah sebenarnya yang dialami oleh Farah sehingga dia bertukar menjadi begitu teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience