BAB 2
Di kala hati ingin membenci…
Mulut berkata suka…
Di kala hati ingin menyepi..
Mulut mula memanggil kembali namanya..
Dan..
Di saat hati ini ingin merindui..
Adakah si bunga itu mahu menerima?
Di saat hati ini ingin mencintai..
Adakah si bunga itu mahu turut mencintai?
( I think I want to know you. You looked interesting on my eye’s)
‘Izzat Amir Datuk Imran’
Terukir senyuman pada bibirnya saat membaca kad yang diberikan oleh insan yang bernama Izzat Amir itu. Boleh cair beb hati ni. Perempuan mana yang tak termakan kata-kata manis yang tercatat dalam kad tu? Beritahu jap. Tak ada. Kecuali hati perempuan tu memang benar-benar keras.
“ Oh! Kenapa kau buat aku terharu Amir. Kita baru je berkenalan. Dan sekarang? Kau kata kau nak mencintai aku. Aku? Aku belum dapat mencintai kau. Tapi rasanya dah nak mula kot.”
Liana tersengih kerang busuk. Kalau Amir dengar ni. Tak ke aku dapat malu. Huh!
“ Liana! Ada orang nak jumpa kau dekat luar!” Laung Fatin iaitu rakan serumah Liana.
Liana bergerak ke tingkap. Dia tersentak seketika. Itu kereta Amir. Ya Allah! Apa dia buat dekat depan rumah aku ni?
“ Liana! Kau dengar tak ni?”
“ Ya! Aku dengar. Kejap!”
Liana kembali menyimpan kad tadi ke dalam laci meja. Kemudian, dia menyarung tudung dengan kemas sebelum keluar berjumpa dengan Amir. Hatinya jadi berdebar-debar pula. Control yourself Liana!
Amir yang elok tersandar pada keretanya itu melangkah mendekati Liana yang manis bertudung itu. Amir pun tak kurang hebatnya. Nampak sangat bergaya dan macho. Itu yang utamanya. Dahlah muka tu nak seiras dengan Kevin Fisher. Siapalah yang tak cair bila tengok Amir ni. Tak kenal? Ada aku kesah?
“ Hai..” Tegur Amir dengan senyuman manis.
“ Erk..Hai.. Apa yang awak buat dekat sini?” Soal Liana malu-malu. Ini kali kedua mereka berjumpa.
“ Saya nak ajak awak jalan-jalan. Nak tak?”
Liana melihat Amir dengan kerutan di dahi. Jalan-jalan? Petang-petang macam ni?
“ Nak ke mana?” Liana menyoal kembali.
“ Adalah. Saya dah tahu tempat tu dan Cuma nak bawa awak pergi je. jom. Jangan risau. Sebelum maghrib awak akan kembali ke sini dengan selamat.”
Liana tersengih. Seperti tahu je Amir ni apa yang sedang bermain di fikiran Liana. Tanpa berfikir panjang, Liana mengangguk tanda setuju. Tak lupa juga senyuman lebarnya buat Amir tu.
Share this novel