BAB 16
Fatheen duduk bersila diantara rak-rak buku diperpustakaan. Bila dia nak bangun dari tempat dia ni? Sticky note dibelek-belek. Kemudian, dia menjengukkan kepalanya ke arah tempat duduk Farid yang sedang menelaah itu. Mulutnya terkumat-kumit mengikut lirik lagu yang didengari dari Ipod menggunakan earphone itu.
“Hoi minah. Yang kau duduk bersila bertapa kat sini kenapa? Dah tak ada kerusi meja kau nak duduk?” tanya Ona, rakan sekuliahnya yang kebetulan ternampak Fatheen.
“Kau diam lah Ona. Kau tak tahu misi jihad aku,” jawab Fatheen. Ona mengerut dahi. Misi jihad? Kepalanya turut sama terjenguk bila Fatheen menjenguk Farid. Lantas dia mencebik.
“Jihad la sangat. Wei, kau nak tahu tak. Jihad kau ni tak mendatangkan pahala langsung. Baik kau pergi tolong mak cik cleaner kat luar tu ke ataupun….” Belum habis Ona membebel, Fatheen sudah berdiri menutup mulut Ona. Bingit telinganya mendengar celoteh Ona.
“Eee, bisinglah kau ni Ona. Ni ikut gene mana ni? Mummy kau ke daddy kau? Macam murai hilang ekor. Kau tahu?” bebel Fatheen.
“Silent please,” tegur penjaga perpustakaan yang ketika itu lalu ditempat mereka. Fatheen mengangkat tangan tanda meminta maaf.
“Ona, nak pahala free tak?” tanya Fatheen apabila penjaga perpustakaan berlalu. Ona angkat kepala.
“Kerja amal ni berfaedah ke tak?” tanya Ona. Fatheen mencebik.
“Tak berfaedah bagi kau tapi berfaedah bagi aku.”
“Apa?!” bentak Ona sedikit kuat. Cepat-cepat Fatheen menekup mulut Ona.
“Bising la kau ni Ona. Nak kena halau ke?” Ona mencebik.
“Ona, kau pergi alihkan perhatian Farid. Aku nak stick note ni kat buku dialah,” kata Fatheen sambil menayang sticky note dihadapan muka Ona.
“Malas lah. Tak kuasa aku nak bercakap dengan Farid,” bantah Ona.
“Ala Ona. Boleh la, boleh la. Kau tak kesian kat aku ke? Hari tu cakap sayang aku. Lepas tu, kau cakap kau sanggup buat apa saja asalkan aku happy. Takkan benda kecil macam ni pun kau tak boleh tolong aku, Ona?”
Fatheen guna reverse psychology. Ona kelihatan serba-salah. Fatheen tampal muka sedih namun dalam hati mahu dia bersorak sakan kerana pujuk rayunya termakan oleh Ona.
“Yelah! Yelah!” Ona berjalan menuju ke arah tempat duduk Farid.
“Farid, Miss Osyin cari kau,” kata Ona. Farid terpinga seketika.
“Kenapa cari aku?” tanya Farid. Ona buat roller eyes.
“Mana la aku tahu. Aku bukan busybody. Pergi jumpa dia. Dia ada kat bilik sebelah library ni,” beritahu Ona. Kalau Miss Osyin ada betul kat bilik sebelah, mati aku. Ona berlalu pergi. Farid kemudian bangun menuju ke bilik sebelah. Fatheen yang menyorok disebalik rak sudah ingin meloncat keriangan. Sayang kau Ona!!
Fatheen bergegas ke tempat duduk Farid. Satu buka nota Farid yang terdapat diatas meja dicapai dan dibuka. Dilekatkan sticky note berwarna merah hati itu. Buku ditutup dan diletakkan semula ditempat asal. Dia kemudian berlari menjauhi tempat duduk Farid dan keluar dari perpustakaan sebelum Farid nampak kelibatnya.
Share this novel