BAB 9
“ Bro!”
Amir yang tengah berserabut itu hanya mampu tersenyum saat melihat rakannya. Dia tengah memikirkan keadaan Liana dan reaksi Yus. Apa akan berlaku selepas ni pun dia tak tahulah.
“ Bro! Aku rasa lebih baik kau pergi tengok keadaan Liana tu. Pipi dia tu aku nampak merah. Kenapa?”
Amir merenung jam tangannya. Tak boleh jadi ni. aku mesti tengok keadaan dia. Semua ni salah aku. kalau aku tak libatkan dia. Mesti dia takkan ditampar. Yus pun satu.
“ Bro!”
“ Aku keluar kejap.”
Pantas Amir keluar daripada pejabat dan cuba mencari Liana. Tak silap baru 10 minit berlalu. Dia dah balik ke? Ya Allah. Pertemukan aku dengan dia. Aku rasa bersalah sangat dengan dia ni.
“ Ala pakcik ni. takkanlah ais batu ni pun kena duit jugak? Ala pakcik.. Free dah la. Pipi saya rasa pedih ni.”
Tiba-tiba Amir dapat menangkap suara seorang perempuan yang berada tidak jauh daripadanya. Dan dia pasti tu suara Liana. Dia yakin sangat.
“ Kenapa dengan pipi kamu? Kena tampar ke?”
Liana mencebik geram. Tak guna punya perempuan. Huh! Habis berbekas pipi aku ni.
“ yalah. Entah perempuan gila mana tiba-tiba datang dekat saya lalu tampar pipi saya ni. Kalau pipi saya buruk tak apala juga. Ni cantik dan lembut lagi.” Sempat lagi dia memuji dirinya.
“ Nah.. Hari ni hari kamu.”
Liana tersenyum lebar saat pakcik kedai itu menyerahkan dia ais batu secara percuma. Terus ceria dibuatnya. Alhamdulillah.
“ Ehem!”
Liana yang elok sedang mengurangkan rasa pedih pipinya itu tertoleh ke belakang. Amir!
“ Pakcik.. Kenapa dengan dia ni?” Amir buat-buat tanya. Sedangkan dia jadi risau. Pipi tu masih merah. Tak sakit ke Liana oi?
“ Pipi dia kena tampar. Kamu tanyalah dia. Pakcik nak buat kerja lain kejap”
Amir berganjak ke depan dan berdiri sebelah Liana yang tekun cuba menghilangkan kesan merah pipinya tu. Liana berlagak biasa. Seperti tak kenal dengan Amir. Sedangkan hatinya mendongkol geram melihat jelingan Amir tu.
“ Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok orang buat ke?” Soal Liana apabila Amir masih belum berhenti daripada menjelingnya.
“ Tak sakit ke?” Lain ditanya lain pula dijawab.
“ Tak lah. Macam kena gigit dengan semut je. saja je tuam ais ni. nak bagi sejuk.” Dengan selamba Liana menjawab. Boleh dia tanya aku sakit ke tak? Dah tentulah sakit. Itu pun tak boleh fikir ke? Huh!
Amir tersengih kecil. dia tahu Liana sedang geram akan soalannya sebentar tadi. Ya! Dia memang sengaja bertanya kerana nak tahu reaksi Liana. Dan dia suka kerana Liana marah-marah. Itu tandanya Liana okay. Mujurlah..
“ Meh aku tolong.”
“ haip!” Liana tepis perlahan tangan Amir.
“ Kenapa? Aku ikhlas nak tolong ni.”
“ Tak payah! Nanti tangan awak yang kasar tu boleh buat pipi ni bertambah merah.”
“ Maybe lepas kena kiss baru hilang kot merah tu.” Seloroh Amir dengan wajah yang serius.
Liana yang mendengar mencerun ke arah Amir. Bibirnya diketap kuat. Huh! Gatal!
Share this novel