TEWAS SANG ROMEO
MOX
BAB 1
ROMEO 1
Pon! Pon! Pon!
“ Opocot mak kau!”
Liana mengurut perlahan dadanya akibat terkejut mendengar bunyi hon kereta itu. Tepat berada di belakangnya pula tu. Tambah-tambah dekat tempat awam. Liana merengus geram. Tiba-tiba dia berasa geram akan manusia yang menekan hon kereta tadi.
Seraya itu dia menoleh ke belakang dan melihat pemandu tersebut. Pemandu yang memandu kereta Perodua Myvi itu. Lelaki pula tu. Tapi kan? Tersedar sesuatu. Lantas dia menoleh semula ke hadapan dan melajukan langkah masuk ke dalam secret recipe. Hatinya turut berdebar-debar akibat ternampak lelaki yang berada dalam kereta tadi.
“ Hoi!”
Liana pantas mengambil tempat yang terpencil. Dia berharap lelaki tadi tidak nampak dia yang sedang bersembunyi ini.
‘ Ya Allah. Tolonglah hamba. Jangan bagi lelaki tu nampak aku dekat sini. Aku mohon Ya Allah.’ Doanya dalam hati.
“ Maaf cik. Cik ada nampak seorang perempuan yang bertudung peach lalu dekat sini tak?”
Tiba-tiba telinganya dapat menangkap perbualan lelaki tadi dengan perempuan yang berada di kaunter bayaran. Liana menutup matanya erat. Dia berharap perempuan itu tidak nampak kelibatnya tadi.
“ Maafkan saya encik. Tapi rasanya saya tak nampak.”
“ Fuh!”
Liana menghembus nafas lega. Terima kasih Ya Allah.
Sebaik sahaja lelaki itu keluar daripada situ. Liana pun keluar daripada tempat persembunyiannya. Kini Allah selamatkannya sekali lagi. Dia juga mahu berterima kasih pada perempuan tadi.
“ Adik.. Terima kasih ya.” Ucap Liana dengan rasa ikhlas.
“ sama-sama. Saya tengok muka abang tadi pun saya rasa cuak. Sebab tu saya bohong. Siapa lelaki tu kak?”
Liana tersenyum kecil.
“ Tak ada sesiapa pun dik. Cuma lelaki playboy yang sweet talker.” Selambanya Liana berkata.
“ Oh. Patutlah.. Dia cari akak sebab dia minat dekat akak kot. Yalah. Akak ni cantik orangnya.”
Liana tertawa kecil. Minat? Ceh! Blahlah!
“ Mengarutlah adik ni. Oklah. Akak gerak dulu. Terima kasih kerana selamatkan akak tadi. Nanti bila-bila akak datang sini dan belanja adik.”
“ Terima kasih kak.”
Sebaik sahaja selesai, Liana kembali ke kereta kesayangan Viva nya itu. cepat-cepat dia menghidupkan enjin kerana dia ingin cepat-cepat beredar daripada situ. Dia tak nak terserempak lagi dengan lelaki tu.
Ya! Lelaki tu memang mulut manis sampai aku ni pun dia kenakan. Tapi tak semudah itulah. Aku ni bukan macam perempuan dia luar sana.
Aku berjaya memperkenakan dia kembali. Sebab tu lah hari ni dia berusaha cari aku. Rasa takut tu adalah juga. Tapi nak kisah apa. Lari je lah.
“ Shit!”
Stereng kereta ditumbuknya kuat. Dia berasa sangat geram dengan perempuan yang bernama Liana. Cukup susah nak dapatkan perempuan tu. Licik juga ye. Sampai aku pun dia berjaya perkena. Waduh! Apa patut aku buat ni? Nak cari dia dekat mana lagi?
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dengan malasnya, dia mengangkat panggilan tersebut.
“ Helo.”
“ Helo Amir! Aku ada berita buruk ni.”
“ Apa pula? Soal Yus tu ke?”
“ Bukan! Lebih teruk daripada itu. Aku rasa kau kena balik ke pejabat sekarang juga!”
Amir meletakkan panggilan dengan rasa sebalnya. Masalah aku belum selesai datang pula masalah baru. Hampeh betul!
Share this novel