BAB 3
“ Dah sampai.”
Liana memandang sekeliling. Jelas kerutan di dahinya. Taman tasik? Buat apa dia bawa aku ke sini?
“ Awak nak tengok pemandangan ke?” Liana menyoal terus. Bukankah tempat ni dia dah selalu datang. Aku pun selalu. Hari-hari juga aku datang sini.
“ Ada surprise untuk awak. Jom ikut saya.”
Liana hanya mampu menurut. Dia masih leka memandang belakang Amir. Tersenyum juga dibuatnya. Dia masih ingat pada kali pertama mereka berkenalan. Masa tu dekat kedai makan. Liana terpandang wajah Amir. Tapi tak sangka pula lah yang Amir turut memandang ke arahnya.
Pada waktu itulah. Amir pergi jumpa Liana dan minta sendiri nombor telefon dan cakap terus terang. Siap nak berkenalan lagi. Liana yang terkejut hanya mampu tersenyum malu. Dia memang malu sebab ini kali pertama lelaki yang datang berterus-terang dengannya.
Semenjak itulah, Amir sering kali menghantar pesanan ringkas dan kad-kad kecil ke rumahnya. Hati Liana pun dah rasa berbunga la kan? Tak sangka jugalah yang Amir ni romantik juga. Sweet talker pun ada. Lelaki kan?
“ Okey!”
Liana terkejut. Suara itu mematikan lamunannya. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ramainya orang? Semua memandang ke arahnya pula tu.
“ Siapa mereka?”
Amir tersenyum kecil sebelum melutut tepat di depan Liana. Liana yang melihat terkejut besar. Dia tak jangka perkara sebegini akan berlaku.
“ Eh? Apa yang awak nak buat ni?” Liana dah mula gelabah. Dia juga rasa ada yang tak kena. Semuanya seperti dah dirancang.
“ Liana… Kalau saya cakap ni. Saya tahu awak takkan percaya. Tapi saya perlu luahkan sekarang juga. Saya tak kira.”
Liana terteguk air liurnya. Rasa perit dan tawar. Eh? Memanglah air liur tawar. Mana ada manis. Apada.. Sempat lagi berfikir tu Liana.
“ Will you marry me Liana?”
Dan.. Liana pantas menekup mulutnya. Dia langsung tak percaya apa yang telah terjadi di depan matanya saat ini.
Wajah Amir yang kelihatan jujur dan orang ramai yang berkerumun di sekelilingnya. Ish! Apa semua ni? Nak melamar pun kena tunjuk depan mereka semua ni ke?
“ Maksud awak?” Liana masih ingin menyoal. Maaf! Itu prinsip hidupnya. Walaupun dia mula rasa cair terhadap lelaki yang bernama Amir ni.
Tapi dia tak mudah untuk jatuh cinta dan percayakan lelaki ni. Cukuplah sebelum ni dia diperbodohkan kerana kerja. Dan sekarang? Takkan cinta pula?
“ Saya cintakan awak Liana.”
Jeng..Jeng..Jeng…
Liana terdongak ke hadapan. Dan dia ternampak seorang perempuan yang sedang tajam merenung ke arahnya. Yang pasti renungan itu tidak menyenangkan dirinya. Dia rasa tak sedap hati pula.
“ Liana… awak cintakan saya tak?”
Liana kembali tunduk memandang Amir. Ya Allah. Berilah aku kekuatan. Apa patut aku buat ni? ya.. Aku mengaku yang aku dah mula rasa senang dengan Amir ni. Tapi kalau rasa cinta tu? Terlalu awal untukku. Tak sampai seminggu berkenalan kot. Tiba-tiba Amir boleh lamar aku macam ni.
“ Kenapa secepat itu?”
Liana mendongakkan kembali kepalanya dan melihat perempuan tadi. Dia tersentak besar. Perempuan itu tulis besar-besar di atas satu kertas dan menunjukkan ke arahnya. Tulisannya berbunyi seperti ini.
‘ Dia penipu! Kau jangan percaya. Dia seorang sweet talker dan playboy! Tolonglah percaya. Dia sedang mempermainkan kau. Dia sedang bertaruh dengan kawannya.’
Liana tergigit bibir. Oh! Patutlah. Hurmm.. Pandai ye kau ni Amir. Memanglah kau ni plaboy. Sweet talker? Wajib ada pada seorang lelaki playboy kan? Kalau tak ada macam mana dia boleh jadi seorang playboy.
“ Sebab saya tak tahu. Rasa ni datang terlalu cepat. Mungkin cinta pandang pertama.”
Tiba-tiba Liana tersenyum sinis tanpa pengetahuan sesiapa. Dia nak teruskan lakonan Amir. Tapi saat-saat akhir nanti. Biar Amir pula yang terkena.
“ Oh.. So sweet…” Liana buat suara manja. Sedangkan dalam hati dah rasa nak termuntah. Werk!
“ Thanks. So? Will you marry me?” Amir tak habis-habis dengan senyuman manisnya. Dah naik lenguh dia asyik senyum je.
“ Ermm…” Liana buat-buat berfikir.
“ Tapi dengan satu syarat.” Idea jahat sudah bermain di kepala Liana. Rasakan Amir.
“ Apa tu? saya sanggup asalkan awak sudi terima saya.”
“ Jalan itik depan saya. Buat lima kali pusingan. Lepas tu saya terima.” Suruh Liana dengan selambanya tapi masih kedengaran lembut. Sindir sebenarnya tu.
Seperti yang Liana jangkakan. Amir dan orang di sekelilingnya sangat terkejut dengan permintaan gila Liana. Mana mungkin Amir nak jalan itik. Jatuhlah maruah Amir sebagai hot guy!
“ Tapi awak?” Amir dah rasa geram. Ish! Menyesal juga aku terima perlawaan Haizul tu. Perempuan ni pun satu. Naik main-main dengan aku ke? Kalau nak tu cakap je lah. Tak payah aku buang masa tunggu lama-lama dekat sini. Ish!
“ Kalau tak nak sudah.” Liana ketawa dalam hati. Rasakan!
“ OKey fine! I do it!”
Mulut Liana dan orang sekeliling sedikit ternganga saat menyaksikan Amir jalan itik sebanyak lima pusingan. Wow! Awesome! Liana sendiri tak percaya Amir sanggup jatuhkan maruah diri dia demi nak aku terima lamaran dia. Ceh! Demi duit kan?
“ Okey done! So?”
Termengah-mengah Amir dibuatnya. Penat juga jalan itik ni. Dahlah malu.
“ Baiklah.. saya…”
Amir menanti dengan debaran kuat. Terima please… Kalau tak aku kalah.
“ Saya….saya tolak!” Ujar Liana dengan lantang. Dengan senyuman cukup manis. Haha! Rasa kelakar tengok wajah Amir saat ini.
“ What?!”
Liana pantas menjarakkan dirinya daripada Amir. Amir dah menyinga tu. apa-apa pun dia mesti larikan diri sebelum terlambat.
“ Awak penipu! Awak playboy! Saya tak nak kahwin dengan orang seperti awak! werk!”
Pantas Liana melajukan langkah keluar daripada taman tu. Nasib kau lah Amir. Siapa suruh mempermainkan perasaan aku. Kau belum kenal siapa sebenarnya Liana Hamid ni. Kalau kau kenal gerenti kau tak berani dekat.
Share this novel