BAB 6
Amir terdiam. Patutkah aku beritahu dia yang aku amat perlukan bantuan dia sekarang ni. Aku rasa hanya dia yang layak bantu aku. Aku dah tak tahu nak minta tolong sapa dah ni. Haish! Yus tu memang nak cari fasal dengan akulah.
“ Kau kena balas balik apa yang kau dah buat dekat aku dua minggu lepas. Aku punyalah sanggup jalan itik depan kawan-kawan aku semata-mata permintaan bodoh kau tu. So? Sekarang kau kena terima balik apa yang kau dah buat.” Dengan tegas Amir berkata.
Liana tersenyum tipis. Dia ke aku yang salah?
“ Siapa yang beria-ria melamar saya? Siapa yang beria-ria nak menang demi dapatkan hati saya? Siapa?” Dengan lembut Liana menyoal tapi penuh dengan nada sinis.
Amir terdiam lagi. Perempuan ni sorang telah berjaya buat aku banyak diam hari ni. Kalau tak aku pantas je dapat lawan cakap orang. Tapi aku tak tahu kenapa dengan perempuan ni aku kalah. Huh! Memang jatuhlah maruah aku.
“ Sudahlah Amir. Baliklah. Saya dah penat dengan permainan awak ni. mujur saya belum terpikat lagi dengan awak. walaupun pada mulanya saya berharap sangat dekat awak.”
Liana kembali memusingkan badannya ke belakang. Dia dah bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Tapi tidak sebaik sahaja dia mendengar namanya dipanggil lembut.
“ Liana.. Please.. Sekarang ni aku benar-benar perlukan bantuan kau. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi lepas ni.”
Liana menoleh ke belakang. Dia terkedu melihat Amir yang tengah melutut itu. Amir?
“ A..apa maksud awak?”
Amir tersenyum pahit. Biarlah kali ni dia beralah. Dia memang dalam kesusahan saat ini.
“ Ada seorang kawan aku ni. dia beria-ria nak kahwin dengan aku. tapi aku tak nak sebab aku tak cintakan dia. Aku anggap dia tak lebih daripada seorang kawan. Aku tahu aku macam beri harapan dekat dia sebelum ni dengan kata-kata manis. Tapi tak sangka dia benar-benar cintakan aku. dan sekarang? Dia cuba buat bukti untuk fitnah aku agar kami dapat berkahwin. Kalau tak, papa aku akan keluarkan aku daripada syarikat tu.”
Panjang lebar Amir menjelaskan perkara sebenar pada Liana. Liana yang mendengar cukup terkejut. Dia terlopong sangat-sangat. Tak sangka Amir yang dia kenal pada mulanya kelihatan begitu angkuh jadi macam ni. Apa patut aku buat sekarang?
“ Aku nak kau menyamar jadi teman wanita aku. kali ni saja. Aku janji selepas ni aku takkan kacau hidup kau lagi.”
Share this novel