BAB 8
“ What?!”
Hampir nak terkeluar jantung Liana saat mendengar jeritan itu. nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak free je roh aku terbang melayang. Tak padan dengan perempuan. Suara macam puntianak. Erk! Puntianak? Haha!
“ Liana?”
“ Ha?” Liana tersentak. Amir merenungnya dengan jongketan di kening. Dia hairan melihat Liana tersenyum kecil tadi. Takkan Yus yang tengah menyinga tu pun lawak?
“ Kenapa kau senyum tadi?” Amir menyoal dalam nada berbisik.
“ Oh! Suara kawan awak tu macam puntianak. Lebih kurang lah.” Dengan selambanya Liana berkata. Amir yang mendengar menahan tawa. Sampai kembung pipi dibuatnya.
“ Hey! Apa yang lawak?”
Yus mencerlung ke arah Amir dan Liana. Mereka berdua terus berlagak serius. Sedangkan dalam hati gelak bagai nak rak. Haha! Jahat kau Liana!
“ Yus. Saya rasa sampai sini saja penipuan awak tu. Saya tak boleh kahwin dengan awak dan takkan. Sebab saya cintakan perempuan ni lebih daripada diri saya sendiri.”
Liana dan Yus. Masing-masing terkedu akan bicara Amir sebentar tadi. Amir pula masih berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Sedangkan dalam hati hanya Allah saja yang tahu.
“ Awak tipu Amir! Awak tipu!” Tiba-tiba Yus meluru ke arah Liana dan menampar pipi Liana. Liana yang tak bersedia itu terundur dua langkah ke belakang. Amir pula terkejut besar.
“ Yus! Awak dah gila ke?!” Jerkahan Amir berjaya menghentikan langkah Yus untuk menampar Liana sekali lagi.
“ Liana? Awak okay?”
Liana hanya mampu mengangguk. Pedih masih terasa. Kuat juga perempuan ni pukul aku. nasib baiklah aku ni jenis yang kebal sikit. Kalau tak dekat sini juga aku menangis. Dasar perempuan tak tahu malu! Huh!
Amir mencerlung ke arah Yus lalu merentap kasar tangan Yus. Wajah Amir yang tegang itu buat Yus kecut.
“ Sekarang! Kau tampar aku. Tamparlah! Biar kau lega.”
Amir sememangnya sangat marah ketika itu. tak tahu kenapa tapi dia rasa bersalah sangat biarkan Liana cedera. Yus! Kau memang tak guna!
“ Amir.. Sa..saya. saya tak tahu. Saya tak dapat kawal perasaan saya.”
Belum sempat Amir nak menghamburkan marahnya, Yus terlebih dahulu meluru keluar daripada pejabat Amir. Liana pula masih kaku pada tempatnya. Tangannya setia mengusap lembut pipi yang terasa pedih itu. pedihlah! Sampai naik memerah aku rasa.
“ Liana.. Maafkan aku. aku tak sangka Yus boleh bertindak sebegitu dekat kau.” Dengan rasa bersalah Amir pohon maaf.
Liana tersenyum kecil.
“ tak apa. jangan risau. Saya okay je. sekarang saya nak balik. rasanya tugas saya dah selesai kan?”
“ Terima kasih sekali lagi. Aku harap selepas ni kita akan berjumpa lagi.”
Liana tersenyum lagi. Berjumpa lagi? Kalau boleh aku tak nak jumpa kau lagi Amir. Aku tak nak kalau tetiba hati aku berharap dekat kau. Maafkan aku. sememangnya sebelum ni aku berharap agar aku boleh mencintai kau. Tapi mujurlah belum terlambat kan?
“ Saya pergi dulu.”
Amir melihat langkah Liana pergi dengan satu perasaan yang dia sendiri tak dapat gambarkan. Rasa sedih pun ada. Argh! Perasaan kau je tu Amir. Jangan nak melalut lah. Huh!
Share this novel