BAB 12
Akhirnya dia melabuhkan punggung pada sofa. Kepalanya diraup perlahan. Bagi menghilangkan resah di hati. Baru dua jam yang lalu dia suruh kawannya hantar surat itu pada Liana. Entah Liana baca atau tak. Jangan-jangan Liana buang tak? Ha! Sudah!
“ Kau jangan banyak berfikir boleh tak? Percayalah yang dia akan datang.”
Amir hanya tersenyum tawar. Harap-harap begitulah.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan itu mengejutkan mereka berdua. Amir yang kelihatan berserabut itu hanya mendiamkan diri. Akhirnya Iman yang bangun dan membuka pintu.
Sebaik saja dia membuka pintu dan melihat kelibat insan tersebut. Dia tersenyum kecil. tengok! Aku cakap tak mahu nak percaya.
“ Siapa tu Iman?” Soal Amir tanpa memandang ke depan. Dia masih setia tunduk ke bawah.
“ Semoga berjaya. Dia dah susah hati takut awak tak datang.” Bisik Iman lalu keluar daripada situ.
Liana melangkah dengan perlahan ke depan Amir. Kini, kakinya sudah berada tepat di depan Amir. Dengan perlahan-lahan dia duduk di hadapannya.
“ Amir…”
Huh! Amir terus mendongakkan kepalanya saat mendengar suara itu. liana!
“ A..apa yang..”
“ terima kasih!” Pintas Liana lalu mengukirkan senyuman buat Amir.
Amir yang masih terkejut itu hanya mampu berdiam diri. Dia tak tahu apa yang patut dia cakap sekarang. Dia sememangnya blur.
“ Terima kasih untuk segala-galanya. Maafkan saya andai selama ini saya tak percayakan awak. tapi kini, saya percaya. Dan saya juga nak awak tahu yang saya pun cintakan awak.”
Amir terkedu. Ya Allah. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Aku tak bermimpi kan?
“ Amir?” Liana mencuit bahu Amir apabila Amir kelihatan seperti termenung.
“ Ha? Apa dia?” Liana tertawa kecil. terkejut sangatlah tu.
“ Dahlah. Saya nak balik. buang karan je layan orang yang seronok termenung ni. maybe kedatangan saya ni tak membawa makna apa-apa.” Liana buat-buat merajuk lalu bangun daripada situ. Sedangkan dalam hati rasa nak ketawa.
“ Eh? Janganlah! Penat aku tunggu dekat sini. Dah macam patung cendana pun ada. Iman pun dah kata aku ni macam apa lagi.” Akhirnya terkeluar juga suara kau Amir.
Tapi satu je lagi yang buat Liana tak puas hati.
“ Aku? kau? Apa maknanya tu?” Liana buat-buat tanya sedangkan dalam hati rasa nak sekeh je kepala lelaki di depannya tu.
Amir yang faham maksud Liana hanya menjongketkan bahunya. Sengaja.
“ Aku.. aku.. aku minta maaf erk? Aku janji selepas ni aku akan jaga kau seperti mana aku jaga diri aku sendiri. Kan aku sayangkan kau. Kau pun kan?” Amir menjongketkan keningnya ke arah Liana.
“ Entah. Saya cintakan orang yang bernama Izzat Amir. Bukan Amir yang kasar macam ni. saya silap orang kot.”
Liana menjongketkan bahunya.
“ Oh.. Izzat Amir ye. Baik wahai cik sayang. Abang sayangkan sayang. Sayang tahu tak? Abang rasa nak peluk je sayang sekarang ni. Tapi sayang belum jadi isteri abang. Jadi abang kenyit mata je lah.”
Liana terlopong sebaik sahaja Amir mengenyitkan matanya itu. Eiii! Gatal!
“ Saya nak balik! Huh!” Terus Liana menonong keluar daripada situ. Dalam hati dia rasa bahagia. Terima kasih Ya Allah.
“ Awak! Tunggulah! Saya minta maaf! Eh? Aku minta maaf! Eh? Abang. Ish! Apa-apa je lah.”
Amir terus mengejar langkah Liana. Penat dia fikir nak gelarkan diri dia apa. yang pasti dia dah berjaya pikat hati Liana dan dapatkan cintanya. Yahoo! Terima kasih Ya Allah.
Share this novel