Bab 14

Romance Completed 9378

BAB 14

“Ha?”

“Saya, Fatheen Alia binti Azmi, suka awak, Muhammad Farid bin Abdul Halim!” Sekali lagi ayat keramat itu meluncur keluar dari mulut comel itu. Makin terpinga Farid dibuatnya.

“Tapi….”

“Hah! Saya tahu, mesti awak pun suka saya kan?” tebak Fatheen. Kening diangkat double jerk. Kemudian, dia tergelak-gelak kecil.

“Tak, bukan macam tu. Maaf, saya hargai perasaan awak terhadap saya tapi saya tak suka awak.” Mati terus gelak Fatheen.

**********

Sebiji kusyen melayang mengenai bahu Fisha. Dia tersentak. Tak perlu berpaling, sudah tahu dia yang dajalkan dia.

“Tadi marah aku berangan, sekarang apa kes kau pulak yang berjangkit ni?” tanya Fatheen.

“Aku teringat masa kau buat pengakuan berani mati depan Farid.”

Selamba Fisha memberitahu. Mata Fatheen membulat.

“Tak kisah la kau nak fikir aku ni gila ke, hilang akal ke sebab buat kerja gila tu tapi yang aku tahu aku takkan berhenti stalk dia. Ingat tu!” tegas Fatheen. Remote control dicapai. Siaran tv dialih satu persatu.

“Kau tak serik ke? Kita bukan zaman sekolah tau. Ni dah zaman universiti.”

“So? Salah aku suka dia?”

“Tak salah cuma bila dia dah bagitau kan dia tak suka kat kau. Stop la

simpan perasaan kat dia,” nasihat Fisha.

“Fish, aku takkan putus asa macam tu je. Aku akan terus stalk dia. Aku akan buat dia suka kat aku. Kau tengoklah nanti. Ini azam Fatheen Alia binti Azmi!” kata Fatheen penuh yakin. Fisha sudah menepuk dahi. Otak terbalik ke apa minah ni? Dah gila meroyan Farid tolak cinta dia kut.

Dah parah minah ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience