Bab 11

Romance Completed 9378

BAB 11

Liana Hamid

Trust me!
Believe me!
I really mean it.
I love you!

Aku tahu hati kau kebal dan keras macam batu
Tapi aku juga tahu kau dah mula menyayangi aku
Kau boleh tipu aku
Tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri
Mata kau dah menceritakan segala-galanya

Walaupun kau tak secantik Aisyah
Walaupun kau tak sempurna
Tapi kelemahan itulah yang buatkan aku jatuh cinta
Aku tahu aku ni bermulut manis
But, I really-really mean it Liana.

Last, I really love you.

Izzat Amir

Hatinya berdebar-debar. Mulutnya terkunci sebaik sahaja membaca surat daripada Amir itu. Hatinya menidakkan tapi tidak untuk selamanya. Dia tahu dia dah terlanjur mencintai Amir. Tapi, bagaimana kalau hatinya dipermainkan. Dia takut andai perkara yang sama akan berulang lagi.

‘ Kau kena yakin Liana.’

‘ A..aku.. Aku buntulah’

‘Kau cintakan dia kan?’

‘ Yes! I love him. But,’

‘ Sudah! Kau tak perlu ragu-ragu lagi. Aku tengok dia benar-benar maksudkan kata-katanya tu. kalau tak dah lama dia pergi dari hidup kau. Kau pun kena percaya diri kau sendiri. Kalau tak ia tak bermakna apa-apa pun.’

‘ I know..’

‘ So? Now you must go and find Amir. Tell him about your feelings. I know you can do it. Go!’

Pantas dia melipat surat tadi dan memasukkannya ke dalam beg. Dia perlu ke pejabat Amir. Dia perlu kuat dan berani. Andai ini suratan takdir untuknya. Dia rela menerimanya.

‘ Amir! Wait me!’

Lepas ke kanan, dia ke kiri pula. Kemudian, dia duduk pula dekat sofa. Dah puas duduk, dia bangun pula. Pening Iman tengok keadaan Amir ketika itu. dah orang macam susah hati pun ada.

“ Bro! boleh tak kau duduk diam-diam dekat sofa tu. pening aku tengok.” Tegur Iman sambil tergeleng-geleng kepala melihat reaksi Amir.

“ Aku tengah resah ni. aku takut selepas Liana baca surat aku tu. dia buang and then dia koyakkan. Itu bermakna dia tak terima aku. macam mana ni? aku dah cuba untuk pikat hati dia. Tapi dalam sebulan ni macam tiada respon pun.” Luah Amir buntu.

“ Janganlah bersangka buruk. Perasaan kau je tu. tengok-tengok dia tengah datang ke sini dan cari kau. Kau jangan cepat buat kesimpulan.”

“ Maybe ini balasan aku kot sebab sebelum ni aku permainkan hati dia. Hurmm..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience