Bab 15

Romance Completed 9378

BAB 15

“Kekadang hati ku bertanya, adakah dia dah berpunya, kerana diriku merasa, aku jatuh hati padanya.” Lagu Aku Suka Dia nyayian Ainan Tasnim didendangkan. Kad pelajar diputar-putar. Skinny merah dipadankan dengan peplum biru laut. Printed shawl merah turut dililit kemas dikepala. Beg jenama Converse gah tergantung dibahunya.

“Wait! Ya Tuhan, Ya Tuhan, Ya Tuhan! Handsomenya Farid hari ni. On camera! On camera!” Kelam-kabut Fatheen mengeluarkan Nikon D3100 dari beg Conversenya. Beberapa keping gambar candid Farid diambil.

Dia tersenyum puas hati melihat hasilnya. Fisha hanya mengeleng kepala melihhat angin angau sahabatnya.

“Kau memang tak ada kerja lain eh selain dari kumpul gambar candid

dia?” soal Fisha seraya melabuhkan punggung dikerusi dicafe itu.

Fatheen masih lagi menilik gambar yang diambil sebentar tadi dengan senyuman meleret.

“Kau ni bising la, Fish. Biarlah aku nak ambil gambar dia pun. Kau

jealous eh aku tak ambik gambar kau?” usik Fatheen sambil tersengih-sengih. Fisha buat gaya meluat.

“Tak ada maknanya aku nak jealous. Aku cuma penat tengok beratus-ratus keping gambar dia yang kau tampal kat dinding bilik kau tu. Bila aku masuk bilik kau, aku rasa dah masuk dalam muzium seni kau tahu tak? Tu belum campur dalam album lagi. Fatheen, bila kau nak taubat dari buat kerja gila macam ni?” bebel Fisha. Sakit hatinya melihat Fatheen seperti tidak mengendahkan bebelannya itu.

Fatheen mengeluarkan sepeket sticky note dan beberapa batang marker berlainan warna. Tersengih-sengih dia memandang Fisha. Fisha sudah menepuk dahi.

“Betul-betul dah parah kau ni. Kuat betul pengaruh Setia Hujung Nyawa. Dengar sini Fatheen Alia. Lepas ni kau jangan harap aku bagi kau tengok cerita tu lagi. Nanti entah apa lagi kau akan terpengaruh pun aku tak tahu la,” rungut Fisha.

“Kau ingat idea kau bagus sangat? Tak dapat tengok kat TV, aku tengok kat internet. Zaman dah maju la Fish.” Terkekek-kekek Fatheen ketawa.

“Kau nak buat apa dengan sticky note tu?” tanya Fish. Malas mahu bertikam lidah dengan orang angau macam Fatheen ni.

“Kejap.” Fatheen menulis sesuatu diatas sticky note tersebut. Smiley senyum turut dilukis. Dia kemudian mengangkat sticky note tersebut dan menayangkan benda alah itu kepada Fisha. ‘SAYA SUKA AWAK’

“Kau nak bagi kat dia?” tanya Fisha. Fatheen mengeleng kepala.

“Dah tu?”

“Aku nak tampal kat buku dia,” kata Fatheen sambil tersengih.

“Suka hati kau lah nak buat apa pun. Jangan menyusahkan aku dah,” pesan Fisha. Dia penat untuk terus menasihati Fatheen yang keras kepala ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience