Bab 4

Romance Completed 9378

BAB 4

“ Liana!”

“ Huh!”

Liana yang leka termenung itu pantas menoleh ke belakang. Habis terbang melayang peristiwa yang berlaku dua minggu lalu. Peristiwa di mana hatinya dipermainkan oleh lelaki yang bernama Izzat Amir.

“ Liana!”

“ Kenapa?”

Fatin tertoleh-toleh ke belakang. Hatinya jadi kecut pula. Kalau tak beritahu Liana. Nanti lelaki tu datang ceroboh masuk pula. Kalau sebaliknya, Liana pula yang naik angin. Macam mana ni?

“ Kenapa ni? nampak gelisah je..” Soal Liana dengan kerutan di dahi.

“ A..aku.. Lelaki tu ada dekat luar. Dia tengah tunggu kau.” Maklum Fatin akhirnya.

“ Siapa? Amir?” Liana pula yang jadi gerun. Masaklah aku! Tapi kenapa perlu aku takut? Dia yang permainkan hati aku. So adil lah apa yang aku buat tu. Kan?

“ Kau pergilah sekarang. Takut aku tengok muka dia yang bengis tu. Macam nak makan orang pun ada. Eiii!”

Terus Fatin keluar daripada bilik Liana dengan gelengan. Liana pula masih kaku pada kerusi. Hatinya jadi tak tentu arah pula. Bukannya apa. Takut lelaki tu ugut dia ke apa ke? Naya tu!

“ Liana! Keluarlah!”

Sempat lagi Fatin melaung. Liana pula menggagahkan kakinya untuk keluar ke rumah. Mujur dia masih bertudung sebaik sahaja balik daripada kerja tadi. Kalau tak kena pakai semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience