Hidup baru

Family Series 10123

Senja berlabuh dikaki langit,ain melangkah pulang meninggalkan batas- batas sawah...ain tersenyum dan berpaling melihat sekali lagi matahari yang kian tengelam,menarik nafas dan berpaling dan terus melangkah" Esok bermula hari ini,kenangan untuk dikenang...hari esok yang mendatang kita tempuhi dengan seribu keazaman dan doa...semoga semuanya baik- baik saja" bisik hati ain....tersenyum melihat lufti berdiri dikaki tangga rumah nenek mereka...lufti membalas senyuman dengan ceria...

Bermula episod baru dalam hidup ain,bergelar janda tanpa anak...,mungkin selamanya begitu.bukan ain serik cuma buat masa sekarang ain nak tumpukan pada projeknya dengan lufti,projek ternakan air tawar dan nursery.mereka berkongsi minat yang sama,cuma lufti ni,tak nampak macam anak kampung,kulit putih,muka bersih...tak tau lah kalau lufti terjun kolam ikan memang ain orang pertama akan gelak besar...ain tersenyum sendiri.Lufti yang melihat ain dok melamun dan tersengih sendiri mula buka langkah nak menyakat...belum sempat nk menyakat terdengar suara garau ala- ala James bond," Lufti jangan dok nganga tang tu,mai ikut papa pi sauk ikan kat kolam pak ngah,papa teringgin nak makan ikan jelawat masak cili api" ujar papanya." tak payah dok kacau ain,nk kacau tunggu dapat lampu hijau,la ni dok merah lagi,jangan dok buat pasai lufti oiii"!!!sambung papanya lagi.Ain yang tengah dok berangan terkejut dengan suara lantang ayah zubir,merah menyala muka ain macam udang kena bakar,lufti pulak laju jer masuk dalam rumah....malu lah tu....hahaha..

" Esok kami kena ke kepulau pinang,ain ada temujanji dengan doktor pakar,lufti nak bawa ain ,muqris dan airis sekali papa,sekarangkan cuti sekolah kalau sempat lufti nak diaorang tengok ladang durian kat padang terap sambil ziarah ayah uda katanya baru balik dari umrah,papa nak join ke?tanya lufti pada si papa." hmmm papa tak boleh ikut lufti,mama kamu tu nak ajak nenek dengan atuk ke pondok pisang,nak jumpa ustaz harun,,nak bincang pasal kamu dan ain.papa tak nak tangguh lama- lama,ain tu nak kena ada peneman,perubatan dia tu...memakan masa,jadi untuk memudahkan kamu mengurus ain dan cucu- cucu papa,mau tak mau kalian berdua kena menikah,lagi lama lufti dan ain dok pi sana sini tanpa ikatan papa risau,manalah kita tau kan...lufti fahamkan maksud papa"!ujar ayah zubir lagi.Lufti menganguk tanda faham." Lufti tak kisah papa,lagi lufti suka,tapi papa tanya dan bincang dengan ain,bukan papa tak tahu perangai ain...degil,dah banyak kali lufti ajak nikah ...dia buat bodoh jer,kalau dengan papa mungkin dia akan ikut cakap papa"jawab lufti sambil tersengeh macam kerang busuk." amboiiii... hang lufti,kalau bab tu laju ja dok bodek papa hang noh" sakat neneknya diikuti tawa kecil mama dan papanya.Lufti diam namun hati berbicara,bertahun dia kecewa,namun dalam tiap sujudnya..dia sentiasa berdoa agar berjodoh dengan ain biarpun terlambat,dia mencintai ain kerana allah,mengenali ain dari kecil membuatkan ia mengenali bagaimana sikap dan perangai ain.Dia tidak mencari kesempurnaan,kerana tiada manusia yang sempurna,tetapi dia mencari wanita yang mampu membuat hatinya tenang,lufti rasa selesa bersama ain...mereka pernah terluka bersama,kehilangan orang yang tersayang...jatuh bangun bersama,kerana itulah lufti tak mampu melupakan ain...mungkin sampai bila- bila,dia yakin allah sentiasa mendengar doa- doanya...dan dia amat yakin kerana setiap kali dalam istikharahnya hanya wajah ain menghiasi mimpi indahnya...cuma masa itu belum tiba untuk mereka melangkah bersama memulakan hidup baru....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience