Senyum terpamer diwajah lufti,melihat ain melangkah kearahnya.sudah dua hari mereka kepulau pinang,pulang dari sini mereka akan segera bernikah,kerana papa dan mama serta keluarga neneknya akan berangkat ke mekah,bagi menunaikan fardhu haji dan umrah sekaligus.Tinggal ain dengan lufti yang akan menguruskan muqris dan airis.Ijab dahulu,majlis kenduri selepas semua pulang dari tanah suci.Walaupun pada mulanya ain menolak,namun bila disebut tentang dua orang anak saudaranya,ain akur.Ain masih trauma dengan perkahwinan pertamanya...takut terulang,ain takut kalau dia jatuh dan rebah untuk kali kedua,dia mungkin tak mampu bangun lagi.Tapi atas nasihat papa dan mama lufti,ain akhirnya akur,lufti pulak siap buat agreement segala harta yang ia punya milik ain,lufti cuma tinggal sehelai sepinggang.Ain menolak,tetapi mereka menyakinkan ain lufti dah lama tunggu ain,bertahun dulu...sayangnya tika itu ain memilih qashaf,lufti amat kecewa dan memilih bermaustautin di jerman supaya dapat menghilangkan rasa kasihnya pada ain yang mendalam.
" Dah selesai sayang?Nak jalan mana- mana?soal lufti lagi bila mereka mula bergerak menaikki kereta keluar dari kawasan hospital swasta di Georgetown. " Ain teringin nak makan mi udang kat pengkalan tambang,tapi jauh lah abang,kesian pulak abang nak memandu"jawab ain...sambil tersenyum dan mengusap- usap perlahan lengan lufti yang tersalut kain.Tabiat ain jika nak minta sesuatu pada lufti,manjanya mengalahkan airis...lufti tersenyum,dia senang jika ain meminta,itulah cara dia memanjakan kan ain dari dulu." Tak apa lah,kita cari dimana tempat tu,cuba sayang search dalam Google,manatau mudah sikit,dah dapat sayang on jer GPS, mudah sikit"ujar lufti sambil memandu.
Airis dan muqris tak ikut sekali,kerana mama dan papanya ajak kebatu kurau tengok kebun durian bapa saudara lufti,adik kepada mamanya.Rancangan mereka, selepas ni mereka akan menyusul kesana,sebab majlis doa selamat serta akad nikah lufti dan ain dirancang disana,secara serentak,semua borang dan hal- hal berkaitan dah selesai,laju lufti buat kerja,takut ain ubah fikiran...baju nikah pun mamanya dah sediakan...nikah secara mendadak,bagi lufti yang penting yang wajib jer,yang lain- lain kemudian boleh buat.kena ikat dulu sibuah hati,takut ain berubah pendirian...bukan tak percaya,tapi itulah ain...lufti mengenali bagaimana sikap ain...jadi sebelum ain buat hal,baik lufti ikat simpul mati,banyak sangat kerenah ain, lufti bawa ja lari kejerman... kurung dalam bilik...hahaha...( author yang cakap eh)
Sudah lama ain tak datang kesini,dulu dikenali sebagai titi timbul,ain pernah membesar disini bersama emak dan ayahnya kerana ayahnya seorang kakitangan awam...selepas arwah azril lahir,ayahnya bertukar tugas ke Alor setar,disitulah ain dekat dengan lufti,dan keluarga lufti kerana ibunya merupakan adik kepada ayah zahid dan anak perempuan tunggal dalam keluarga neneknya.Tiga tahun tinggal alor setar satu tragedi tak terduga berlaku dalam kehidupan ain,kedua ibubapanya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di grik perak,sewaktu mereka dalam perjalanan untuk bercuti ke Cameron Highlands.kedua ibu bapa nya meninggal dunia dihospital,ibunya pergi untuk selamanya membawa janin kembar yang berusia lima bulan.Ain pula cedera parah,kerana buah pingang sebelah kiri rosak akibat tusukan dari besi dari Lori yang melanggar kereta mereka,ain koma selama dua minggu,sebelum ibu ain meninggal dunia,ia meninggalkan amanah agar buah pingangnya diberi pada ain.Mujurlah azril tak mengalami apa- apa kecederaan,semasa kejadian itu ain memeluk erat tubuh azril yang masih kecil,kasihnya pada azril tiada penghujung kerana selama ini ain terlalu inginkan seorang adik,hidupnya sunyi,menjadi anak tunggal bagi ain dia terasa kesunyian dan kekosongan,sebab itulah bila azril lahir dialah orang yang paling gembira....
Begitu juga azril,ain satu- satunya kakak yang dikasihi,yang membesarkanya setelah mereka kehilangan kedua ibubapa,meskipun mereka tinggal dengan nenek mereka,ayah zahid yang banyak memainkan peranan.ain,aliya dan azril serta lufti membesar bersama.Hinggalah ain bernikah dengan qashaf...azril mulanya tk setuju,tetapi ain berkeras dan akhirnya azril mengalah.Selepas ain bernikah azril akhirnya menikahi aliya.Lufti pula membawa diri keJerman setelah patah hati dengan ain.
Azril sangkakan kakaknya bahagia rupanya kekurangan ain menjadi jalan bagi qashaf berlaku curang.alasanya cuma satu,iatu" anak".Azril amat marah tika itu,dia sendiri pun belum dikurniakan anak namun baginya itu semua adalah kehendak allah swt,kalau ada tu ada lah,kalau tak ada lagi mungkin bukan rezeki,berkahwin bukan kerana anak saja tapi kerana maukan hubungan yang diredha allah swt...itulah yang sering azril cakap pada ain...dan itu juga yang sering lufti cakap pada ain.....
Ain merenung wajah Lufti,lufti yang berkaca mata,mempunyai mata yang agak sepet,tapi bulu mata lufti lentik,bentuk wajah lufti agak tirus dibahagian dagu,mempunyai sedikit kumis,tipis saja, bibir lufti agak merah dan dagu sedikit terbelah ada sedikit sahaja janggut dibawahnya.kulit lufti putih bersih... berbanding ain,memang jauh bezanya,ain berkulit sawo matang,hidung ain sedikit pesek wajah sedikit berparut akibat kemalangan dengan arwah azril suatu ketika dulu,kemalangan dihari pernikahan qashaf yang menyebabkan ain kehilangan azril dan aliya untuk selamanya,malah ain mengalami kerosakan pada ovari sebelah kiri..ovari ain cuma berfungsi sebelah sahaja.Banyak kekurangan ain,berbanding lufti.
ain memejamkan mata sambil menyandarkan tubuhya yang berisi dikerusi dikereta. membayangkan wajah lelaki disebelahnya buat ain resah...lufti tinggi lampai dan sedikit tegap,ain sekadar dada lufti sahaja,bila ain nak tengok wajah lufti,ain harus mendongak.tak ada kelebihan apapun ain,melainkan kelebihan saiz...hahaha..tapi cinta yang ikhlas tak kenal tu semua...
Lufti yang sedar direnung ain...rasa seronok pun ada,seronok nak menyakat sibuah hati..." ain tengok abang semacam ja,dah tak sabar nak nikah ke?abang pun tak sabar ain,nak peluk ain,nak tidur sebantal makan sepinggan,mandi sebilik,pokok kata macam- macam lagi lah abang nak buat,nakkkk tuuuuttt...dah halalkan...hahaha" usik lufti sambil mata merenung kejalan depan,tapi mulut berbunyi mengusik.Ain yang geram,mencubit lengan lufti yang sedang memegang stereng," ish.. abang otak kotor ntah apa-apa,"jawab ain sambil memuncungkan mulutnya...lufti ketawa senang,hilang terus mengantuknya kena penyepit ketam sang buah hati" sakit woiii" bisik hati lufti...
lufti merenung wajah ain yang tertidur,selepas berhenti makan mee udang di pengkalan tambang,ain dan lufti terus bertolak balik."Ainnn" bisik hati lufti,ain gadis lemah lembut...ain terlalu baik untuk disakiti...kesal dengan nasib ain,namun lufti tahu semuanya ujian buat ain...mungkin bahagia ain adalah bersamanya.lufti berharap moga allah mempermudahkan jalan baginya dan ain dalam membina mahligai cinta mereka...
Share this novel