Ain mula mengenali qashaf semasa tahun kedua diUITM puncak perdana,qashaf pula ditahun akhir tika itu.Perkenalan dalam kem motivasi membawa kepada bibit cinta.Ain yang pada waktu itu cuba melupakan rasa rindu nya pada lufti yang berada diluar negara.Ain dan qashaf terus berhubung sehinggalah ain tamat belajar.Qashaf yang telah bekerja dengan syarikat keluarganya sendiri.Ain pula baru menapak membina karier sebagai kakitangan awam.Ain mula bekerja di pejabat daerah kulim kedah. Qashaf pula menyambung usaha keluarga dalam bidang hartanah diipoh perak. Meskipun agak berjauhan setiap hujung minggu Qashaf akan datang bertemu dengan ain.Begitulah seterus sehingga qashaf melamar ain sebagai suri hidupnya. Mulanya ain menolak,dengan alasan kekurangan dirinya...dan mohon agar qashaf berfikir sedalam-dalamnya.Qashaf yang tak mampu kehilangan ain merayu kepada ain supaya hidup bersamanya,dan dia berjanji untuk menerima kekurangan ain dan bersabar...dan dengan sebab itulah ain menerima lamaran qashaf tika itu.Cuma tika menerima lamaran qashaf, ain tidak tahu yang qashaf tidak jujur pada keluarganya.
pernikahan mereka direstui kedua ibubapa qashaf,pada awal perkahwinan mereka bahagia,namun bila rahsia tentang kecacatan ain diketahui keluarga mertuanya,bermula dari situlah Qashaf berubah...tiada lagi kebahagiaan buat dirinya,ain ditekan agar mengizinkan qashaf berpoligami,ain menerima namun meminta qashaf melepaskannya.Dia tidak mahu qashaf menjadi suami yang tidak adil,kerana belum pun ia berpoligami qashaf sudah meninggalkanya tanpa khabar berita selama enam bulan,tanpa nafkah zahir mahupun batin.Hinggalah qashaf pulang malam itu,hanya sekadar mengambil pakain dan dokumen,kerana beberapa hari lagi dia akan bernikah dengan misha,wanita telah menjadi penganti dirinya...apabila ain bertanya maka terjadilah pertengkaran,hingga lafaz talak itu terucap,.."sekiranya misha hamil,maka jatuhlah talak keatas ain,dan ain abang bebaskan..."itulah lafaz qashaf...meskipun qashaf merasa kesal namun ia fikir hatinya tiada lagi nama ain....dan itulah yang terbaik bagi mereka berdua,qashaf rasa tercabar bila keluarga dan kawan- kawannya menuduh dirinya mandul dan tak mampu membuat ain hamil,sedang selama ini ain lah yang bermasalah...dia lupa janji- janjinya pada ain menerima kekurangan ain dan bersabar...bibirnya mengungkit kata- kata yang menyakitkan pada, ain kata qashaf pada ain" selama ini dia menutup aib ain yang bermasaalah ,apakah mandul itu satu aib....? tak pernah terlintas difikiran qashaf akan melukakannya...betullah kata- kata peribahasa melayu,sedangkan pantai lagi berubah inikan pula hati manusia....dan ain redha dengan ketentuan itu...biarlah semuanya menjadi kenangan....dia ingin melangkah kedepan tanpa perlu menoleh kebelakang,hidup kita ini mengalas beban takdir dan ujian buat kita,kerana dunia ini adalah tempat ujian...takkan kekal,ada balasan tiap perbuatan...ain menyerahkan segalanya kepada allah swt...moga dia terus tabah.
(flashback off)
Hari ini merupakan titik tolak perjuangan ain,semalam uncle muktar memberitahu ain,kes ain akan didengarkan dimahkamah syariah kulim.Dan Qashaf akan hadir.ain tak tahu apa rancangan qashaf,dan ain juga tak pasti apa yang menyebabkan qashaf masih berkeras untuk tidak mahu melepaskan ain,sedangkan cerita mereka berdua telah tamat tujuh tahun yang lalu,meskipun tanpa saksi,...tapi allah yang mendengar tiap lafaz qashaf dalam keadaan sedar...apa sebenarnya yang qashaf mahukan darinya,dia tidak menuntut apapun pun,harta mahu segala yang pernah menjadi miliknnya ditinggalkan.Hanya satu permintaan nya lepaskan lah secara baik- baik dan akuilah apa yang pernah dia lafazkan,cukuplah dia menyembunyikan aib qashaf yang berzina dengan misha...hingga berbulan malahan hamil anak tidak sah taraf,dia masih menyimpan video dan foto berserta tarikh dan tempat dimana mereka melakukan hubungan terlarang itu,yang dikirim oleh misha sendiri....mungkin misha fikir ain akan menuntut cerai dan berpisah dari Qashaf,namun ain tak melakukannya,ain menunggu qashaf pulang...dan bila qashaf pulang itulah berlaku...demi menjaga maruah seorang suami ain menutup mulut dari pengetahuan keluarga,lufti tahu apa yang berlaku,cuma dia tidak tahu ain ada menyimpan bukti.
semalam ain membuka semula pendrive yang menyimpan segala video lama yang dimuat turun dari telefon lamanya.Nombor lama masih aktif,cuma ain tidak memuatkan sebarang aplikasi...sekadar panggilan dari rakan-rakan,banyak panggilan dan mesej dari qashaf,tapi ain tak pernah mengangkat atau membaca,ain memadamkan begitu sahaja...bagi ain tiada keperluan untuk mendengar atau membaca tiap perkataan,hanya menambah sakit dihatinya...biarlah begitu selamanya.
Pukul 8 pagi lufti dan ayah zubir sudah siap menunggu ain,nek timah dan mummy tidak ikut kerana si kembar kurang sihat.Atuknya pula ada urusan dengan kilang padi miliknya sendiri....Hanya sepupu lufti, Razif dan isterinya Mia yang merupakan peguam yang dilantik oleh syarikat uncle muktar untuk berkerjasama menolong anaknya syed ilham dalam kes tuntutan ain.semalam ain menunjukkan bukti tentang video dan foto kepada Mia,dan Mia sudah berbincang dengan ilham...cuma lufti dan keluarganya tidak tahu tentang bukti yang ain simpan.Bagi ain,walau bagaimana
sekalipun dia tidak mahu neneknya dan uncle zubir sakit hati,biarlah bukti ini di pamerkan pada tempat yang sepatutnya,supaya tidak menjadi aib...bagi pihak suaminya,dan keluarga suaminya.Ain ingin semua selesai dengan cara yang baik,sayangnya qashaf masih berkeras...jadi inilah saja jalan yang masih ada,semoga allah mempermudahkan segala urusannya hari ini...
Share this novel