Riuh rendah halaman rumah kedua ibu bapa lufti.Cadangan untuk mengadakan akad dirumah nenek mereka dibatalkan,kerana jarak untuk mereka bertolak ke KLIA terlalu jauh,bimbang tak sempat pulak kerana masa kian suntuk.sudahnya mereka mengadakan akad nikah dirumah keluarga lufti.Lufti yang segak berbaju melayu warna biru laut,dan ain yang mengenakan jubah senada warna dengan lufti.Dengan sekali lafaz Ain syahadah menjadi milik Lufti iman,meskipun ringkas majlis akad diadakan bersamaan majlis doa selamat keberangkatan kedua ibu bapa lufti dan atuk serta nenek mereka kemekah bagi menunaikan rukun kelima.Selesai melafazkan akad,dan terdengar perkataan "sah" Lufti memeluk erat tubuh papanya yang berada disisi tika itu.Menitis airmata lufti tika mencium ubun-ubun ain,wanita yang dinantinya bertahun- tahun,bagi lufti inilah hadiah terindah dalam hidupnya...moga istana yang dibina bersama ain kekal hingga ke syurga,dan sentiasa dalam rahmat dan redha allah swt.
Ain dan lufti dipanggil nenek mereka duduk berkumpul bersama semua ahli keluarga.Perbincangan keluarga dan nasihat.Atuk dan nenek sebagai orang tua memberi nasihat tentang kehidupan berumahtangga,papa dan mamanya meninggalkan amanah berupa syarikat dan kedua kembar airis dan muqris.Dan mereka menerima dengan terbuka tiap pesanan dan amanah.Majlis kenduri perkahwinan Lufti iman dan Ain syahadah kan diadakan setelah keluarga mereka pulang dari mekah...Lufti banyak tersenyum bila ditanya tentang bulan madu,dia belum merancang untuk membawa ain jauh dari malaysia,syarikat papanya perlu dia uruskan,kerana ketiadaan papanya.Mungkin akan bawa ain dan kedua kembar bercuti dulu,mungkin ketempat yang lebih tenang dan damai.Lufti akan berbincang dengan ain nanti.Yang pasti dia nak tidur malam ni dengan memeluk tubuh isterinya,benda yang ingin dilakukan sejak dulu...Lufti tersenyum sendiri bila fikirannya dah jadi haru biru,..dah halalkan...apa nak takut..sudah terpatri ikatan dengan janjinya kepada allah...
Hampir jam 9 malam baru ain masuk kebilik.selepas solat isyak berjemaah beramai- ramai,mereka bergotong- royong mengemas rumah,kerana esok awal pagi mereka akan bertolak menghantar papa,mama,nenek dan atuk ke KLIA.Lufti masih berbual dengan papanya.Ain masuk kedalam bilik.Bilik tidur lufti,terhias indah dengan katil kayu antik,Cadar berwarna emas,dihiasi kelambu diatasnya...unik dan cantik,Sliding door berhadapan dengan katil tetapi ditutupi langsir beropol berwarna senada dengan cadar katil...Ain duduk terpekur dibucu katil.Merenung wajahnya dicermin hias milik lufti.Ain membuka hijabnya,yang tinggal cuma anak tudungnya.Ain bangun dari katil,mengambil tuala yang tersimpan di beg pakainnya.Perlahan anak tudung ditarik,terserlah rambut hitam milik ain.Ain melepaskan sanggul rambutnya,mengirai-girai dengan jari.Ain teringat peristiwa di dapur,Lufti memeluk ain dari belakang dan membisikkan " Isteriku sayang,tunggu abang kat bilik,ada benda abang nak bincang,tentang kita berdua,sayang naik dulu,kejap lagi abang susul" bisik lufti sambil mengucup pipi ain...mujur tak ada orang..merona pipi ain mengingatkan peristiwa tadi...
selesai mandi ain mengenakan pijama satin berwarna merah gelap.Rambut ain biarkan terlepas kerana masih basah.Lufti masuk kebilik sewaktu ain sedang mengemas bantal dan selimut untuk tidur." Sayang jangan tidur lagi,tunggu abang kejap,nak mandi dulu badan abang melekit ni,ain peluk nanti pun tk best,bau kari" usik lufti sambil menarik tubuh ain mendekat,mengucup dahi ain sambil berbisik" malam ni,kita buat overtime,ain tahukan...pertama kali abang nak rasa jadi lelaki tau,mimpi yang tertunda,ain dah halal untuk abang..tak salah kalau abang nak bagi hadiah special untuk ain dan abang juga nak rasa jadi suami yang sebenar untuk wanita yang abang cintai.." bisik lufti dengan panjang lebar...ain merenung wajah lufti,senyum lufti dan cahaya dari mata lufti penuh rasa cinta yang tersimpan...sungguh banyak yang lufti korbankan untuknya...jadi apasalahnya dia membahagiakan lelaki yang baik...lelaki yang sentiasa ada buatnya..tak pernah jemu menantinya.Ain mengusap- gusap lembut pipi lufti yang sedikit kasar ditumbuhi bulu- bulu halus,terpejam mata lufti merasakan kelembutan wanitanya.." Abang mandilah dulu,busuk kari lah,ain tunggu abang...ain janji okay" ucap ain sambil mengucup sekilas bibir lufti,terkejut lufti dengan kucupan ain,hufft nasib baik tak luruh jantung abang....bisik hati lufti.Ain melangkah duduk disofa tunggal,menanti lufti yang baru saja masuk kebilik air dalam keadaan tersengeh macam kerang busuk,ain pula rasa dah macam duduk dalam oven...panas semacam...fikirkan pasal malam pertama..ain rasa seperti nak demam...dah lama kot...haihhh.
Share this novel