Ain syahadah

Family Series 10142

Mimpi itu pernah ada,namun rindu itu kian pudar....biarkan diriku menjadi diriku sendiri,tanpa perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.Ain merenung lama foto lelaki yang tersenyum,satu foto yang cukup lama tersimpan,7 tahun yang lalu...Qashaf haidar...bukan lagi milik mutlak dirinya,semuanya hanya kenangan....
Ain merenung lama wajahnya dicermin,parut dipipi masih jelas... kesan dari kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan satu-satunya saudara yang dia punya...namun digantikan dengan dua malaikat kecil.
Tujuh tahun berlalu,adiknya Azril dan isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri bersama Ain,tepat dihari pernikahan kali kedua suaminya Qashaf dengan wanita yang bernama Misha...cinta baru suaminya.Ain hanya cedera dibahagian muka dan tangan,adiknya azril meninggal dunia serta merta,manakala isterinya Alia meninggal di hospital.Ketika kemalangan mereka dalam perjalanan menghantar Ain ke Luar negeri atas urusan perubatan,tanpa pengetahuan sesiapapun.Alia meninggalkan amanah buat Ain...dua bayi kembar berlainan jantina..
Selepas kemalangan itu,tepat selepas adiknya dan isterinya disemadikan,Ain meninggalkan tanah air dan menetap diJerman bersama bapa saudaranya...bekerja dan meneruskan perawatan masalah ovari yang dialaminya.
Hampir tujuh tahun lebih Ain menetap disana,dia tidak tahu khabar Qashaf,ain menutup semua akses tentang kehidupanya.
Dia masih Ain syahadah yang sama,cuma mungkin wajah dan tubuhnya agak berlainan disebabkan kemalangan itu.Ain sekarang seorang ibu kepada dua kanak-kanak.Muqris dan Airis nama indah pilihan arwah adik iparnya.Mereka lah peneman kesepian dirinya,pemberi semangat ketika hidupnya betul- betul hancur.
"hidup ini perlu diteruskan,meski berat melangkah namun langkah mesti kedepan,tanpa perlu menoleh kebelakang"..
inilah takdir buat diriku.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience