Ain merenung titisan hujan dilaman rumah neneknya...ditepi pokok jambu keling atau jambu air merah...pohon nostalgia,zaman kecil-kecil dulu.Ain sering meminta lufti memanjat pokok yang tingginya separas bumbung rumah neneknya.Lufti tak pernah menolak,berbakul- bakul buah jambu lufti kaitkan untuk ain..sampai neneknya suruh hantar rumah opah milah dihujung sawah.kata nenek cucu opah milah kak zatun tengah mengidam.Dia dan lufti berbasikal kesana,disebabkan tubuhnya agak tembam,terkial- kial lufti mengayuh basikal tua atuknya...tapi lufti tak merungut,lufti sentiasa tersenyum...dan mengusap- gusap kepala ain yang dilapik tudung.Bila lufti sambung belajar ke luar negeri,Ain seperti kehilangan tapi dia takut nak menyimpan rasa yang lebih pada lufti kerana mereka sepupu,meskipun rasa itu ada dan hadir,bila dia sering rindu pada lufti....Luftiii...nama yang tak pernah luput dari kenangan....
Nenek Timah merenung tubuh cucu nya,Ain syahadah,cucu perempuan satu- satunya anak perempuan tunggal dari anak perempuan bungsunya,yang telah lama berpulang,sejak Ain masih kecil.Hidup ain diuji dengan dugaan berat.Hidup dengan sebelah ovari,kerana kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawanya.Sangka opah suami ain Qashaf mampu menerima dan bersabar menerima kekurangan ain,rupanya....panas tk sampai kepetang hujan ditengahari....Ain menderita...bukan ain tak boleh hamil,Doktor cakap ain boleh hamil,cuma mungkin lambat sikit ambik masa,sebab satu indung telur ain telah rosak,hanya satu masih berfungsi...Ain tak mandul...mungkin belum ada rezeki buat ain dan akan diberikan bila saat itu tiba....
"Ainn...lufti tak ikut balik sama ke?soal neneknya.Ain yang sedang menyiang ikan puyu dan sepat di sinki dapur berpusing menoleh kearah nenek timah yang tengah mengupas betik muda untuk dibuat ulam."Abang lufti cakap nak ambik ayah zubir dulu,lepas tu nak jumpa lawyer nak tanya pasal kes ain...ain minta ayah zubir tolong selesaikan,ain dah letih nek,pening kepala,ain tak nak jumpa qashaf,biarlah ain mengalah nek,...mungkin dah nasib ain"ujar ain sebak didadanya.
Nenek timah menarik nafas panjang..."hmmm,budak kembar tu macamana?,tak mengamuk ke ain tinggalkan dengan tok maminya?soal nenek timah mengubah topik...Ain tersenyum bila mengenang dua orang anak buahnya,...titipan arwah adiknya...yang telah pergi menyusul kedua ibu bapanya...."Arilll,mama ,papa...Ain rinduu..."!!! bisik hati ain...terasa pedih matanya,tanpa sedar mengalir air mata....cepat- cepat ain mengelap airmatanya..takut neneknya susah hati...." tak kot nek,semalam ain telefon mama kata,diorang okay ja,bila mama cakap ain pi kerja...cari duit nak ajak abang adik jalan-jalan"ujar ain... ain masih meneruskan kerja didapur...tapi hati dan fikiranya agak buntu...satu keluhan di lepaskan perlahan....entah sampai bila dia perlu melalui semua ini....namun dia redha mungkin ada hikmah menanti....
Nenek Timah menarik nafas....Terimbas kenangan lama,masa Ain masih kecil,Ain suka turun kebendang menolong atuknya,masa darjah 5 balik sahaja dari sekolah kalau nampak atuknya tengah menanam padi,dia ikut sama,kalau atuknya tahan lukah dibendang terkedek- kedek ain mengekor atuknya...,tubuh yang agak comel tidak membuat ain penat...ain akan menyeret timba kecil untuk diisi ikan sepat dan puyu...tersenyum ain bila dapat makan asam pedas ikan puyu...itulah yang disukai ain sejak kecil...asam pedas ikan puyu campur keladi...dan ulam betik muda rebus....malahan lufti sendiri sanggup menahan pukat atau memancing bila ain minta nak makan ikan puyu....Lufti dan ain....cucu-cucunya...andai mereka berjodoh dia redha...hanya Lufti yang tahu kisah perjalanan hidup ain yang cukup berliku....banyak derita tersimpan disudut kenangan ain syahadah yang tak mampu terpadam...sampai dirinya menutup mata....
p/s hai semua reader...story ni belum kemaskini,sis tulis dulu,kl ada typoo...tu..halal ya???? selamat membaca..
Share this novel