Hujan yang masih turun lebat membasahi bumi,jalan didepan rumah nenek timah digenangi air,sebuah kereta mewah memasukki laman luas rumah nenek timah.Ain sedang memasak bersama nenek timah." Ain cuba pi tengok sapa yang mai,rasanya lufti dah sampai dengan ayah zubir,..hujan lebat ni pi ambik payung kat tepi pintu bagi kat depa"ujar nek timah.
Ain bergerak menaikki tangga kepintu depan...payung diambil dan dibawa keberanda hadapan rumah,terlihat lufti turun dari kereta berlari- lari anak,tersengeh macam kerang busuk bila sampai didepan ain, bila tengok ain membulatkan mata..."nak marah lah tu" bisik hati lufti." Hujan lebat ni abang oii,ni bukan salji,abang kat malaysia bukan kat jerman tau...demam ain tk tau,haih dah besar pun tak reti- reti nk beza hujan dengan salji..." bebel ain panjang lebar.Tinggi tubuh ain sekadar dada lufti,membuat kan ain harus mendongak memandang wajah lufti,sama- sama terdiam,sinar mata lufti yang bercahaya bila merenung wajah ain menyebabkan mulut mereka membisu,namun hati tetap berbicara.perlahan- lahan lufti mengusap- gusap ubun-ubun ain yang masih diselaputi tudung,betapa dia rindukan gadis nya...meskipun bertahun berlalu...hatinya tak pernah berubah...puas dia mencuba mengantikan ain dihatinya dengan orang lain ,lebih cantik...lebih menarik,tak satu pun mampu menandingi ain dalam hatinya...baginya ain adalah cinta matinya...banyak kenangan mereka berdua,andai ditulis dan dibukukan pun mesti berpuluh edisi belum tentu habis....Ain syahadah gadis berbadan comel,bermata sepet,ceria,lembut dalam berbicara...bila marah suka membebel, tulus dalam perbuatan...lurus,mendengar kata,tak ada satu pun yang lufti tak suka pada ain ....cuma satu yang tak mampu lufti ubah perjalanan hidup ain....sedih dan menyakitkan..."ehemmmm...lama mana hampa dua nak berdiri,ni lenguh kaki ayah dok tunggu payung tak sampai- sampai,ayah nak ambik mumy dengan budak berdua tu dalam reta,nak keluag dari tadi,...yang depa dok buat cerita hindustan,haih tunggu bagi selesai dulu lufti oii,tak lama dah aih" leter ayah zubir ,sambil berjalan turun membawa payung untuk mengambil isteri dan cucu- cucunya yang dari tadi dok tengok cerita tak berbayar lufti dan ain...lufti mengaru- garu kepalanya yang tak gatal,ain pulah dah lesap...malu kot...lufti senyum sendiri" yaa allah permudahkan lah urusan ain,satukanlah kami,izinkan hamba bersamanya,menjaganya,membahagiakannya hingga ke syurga" bisik hati lufti sambil merenung hujan yang masih turun,tanpa sedar menitis airmatanya mengenangkan betapa sukarnya perjalanan hidup ain dan dirinya...untuk bersama...namun dia redha dan bersabar...dia tahu allah tetap mendengar tiap- tiap doa yang dititipkan tiap hamba- hambanya...
Makan malam riuh rendah,muqris dan airis yang sibuk bertanya itu dan ini.ain dan lufti pulak masing- masing diam sahaja,sekali sekala menjawab bila airis bertanya.Sambal buah bacang ,ulam betik rebus,asam pedas puyu keladi,sambal bilis petai dan ikan sepat goreng bercili,itu sahaja lauk makan malam mereka,namun cukup membuka selera.Berpeluh- peluh lufti dan ayah zubir,...mumy lufti cuma mengeleng- gelengkan kepala,lufti dan suaminya kalau dah jumpa masakan mak mertuanya memang macam ni lah....tak tengok kiri kanan dah....haih...tersenyum dia apabila berbalas pandang dengan ain,melihat gelagat lufti dan ayah zubir,"nama saja dok negeri orang putih...tapi lidah dan tekak tetap melayu,belacan takkan boleh ganti keju...." perli mumy zubir,namun yang diperli sekadar memekakkan telinga...mulut masih terus mengunyah...,sedap kot...
selepas makan malam,mereka duduk berkumpul,ain duduk disebelah mumy dan nek timah.Ayah zubir duduk bersama ayah alang,dan ayah su,mereka baru saja balik dari masjid...menunggu syed ilham peguam yang akan mengurus kes ain dan qashaf,...lima belas minit kemudian ilham sampai bersama bapanya,syed muktar....,tersenyum ayah zubir menyambut kawan lamanya...sambil mengenalkan setiap ahli keluarganya.
" Ainn...uncle dah jumpa suami ain,semalam,dia minta sangat- sangat nak jumpa ain,uncle ada tanya,nak jumpa buat apa,dia cakap ada sesuatu yang dia ingin terangkan dan ceritakan pada ain secara peribadi,dia akui dia salah,tinggalkan ain selama enam bulan qashaf tk balik rumah,masa tu dia belum nikah lagi dengan misha,dia terlanjur dengan misha...khilafnya, kerana mengikut nafsu..dan masa hari ain tahu hari pernikahannya dan misha...sebenarnya misha mengandung,dia terpaksa menikah dengan misha....dia harus bertanggung jawab...atas kesalahannya, itu qashaf cakap kat uncle..." ujar uncle muktar panjang lebar." selepas ain pergi, dia balik kerumah ain,sayangnya rumah itu kosong,dua bulan selepas tu baru qashaf tahu ain dan azril kemalangan,qashaf dan keluarganya cuba mencari ain,sayangnya ain menutup semua akses....qashaf beberapa kali datang pada uncle dan ilham,meminta dan merayu supaya tuntutan cerai dari ain uncle tangguhkan dulu,dia ingin bertemu ain..." sambung uncle muktar." jadi macamana,ain nak jumpa tak qashaf,selesaikan apa yang belum selesai,hmm mungkin ada sesuatu yang ingin dia cakap" ujar uncle muktar.ain cuma terdiam,dia memandang lufti..." uncle,qashaf..tak cerita hal yang sebenarnya pada uncle,cuba uncle tanya balik,kalau ikutkan dah jatuh talak,dah lama dah...isteri dia pun dah melahirkan rasanya...dah tujuh tahun...takkan dia lupa",! ujar ain sambil merenung kewajah uncle muktar dan ayah zubir."Qashaf cakap pada ain haritu,kalau misha mengandung anaknya,maka jatuh talak keatas ain,dan dia bebaskan ain" sambung ain lagi..." rasanya anak dia pun dah besarkan,takkan Qashaf buat- buat lupa,dia belajar ugama kan ...talak bukan boleh dibuat main" ujar ain menutup bicara.
Terkejut keluarga ayah zubir,begitu juga syed muktar...tak sangka tergamak Qashaf menutup kisah sebenarnya,Lufti yang rasa marah mula bersuara..."Uncle,ayah dan nenek,lufti rasa selesaikan kat mahkamah ja,sebab benda ni takkan selesai pun kalau ain dan qashaf bertemu,mungkin jadi lebih panjang,biar mereka bertemu dimahkamah saja,itu yang terbaik" ujar lufti lagi sambil mensandarkan tubuh dan kepalanya di sofa,pening juga dia dengan qashaf...talak boleh dibuat main...mengeluh lufti mengenangkan nasib ain...
Angin yang bertiup sepoi- sepoi bahasa,hujan yang makin reda..suhu sejuk membuatkan tubuh ain kian segar..mata masih cerah...ain merenung gelap malam dibalik jendela yang terbuka...."Qashaffff...apa yang kau nak sebenarnya,mengapa engkau tidak menceritakan , kisah sebenarnya...,mengapa masih menipu...mengapa tidak mengakui kau sudah melafazkan talak,meskipun tanpa saksi...ya allah sukarnya untuk menbaca isihati seorang qashaf,bantulah aku ya allah"bisik bibir ain sambil memejamkan mata...hati yang rasa nya amat lelah.....bukan niatnya ingin bercerai....tetapi Qashaf yang membuangnya....masih ain ingat sewaktu mereka bertengkar bila ain tahu qashaf sering keluar dengan misha,kononya urusan kerja...tapi bila ain terjumpa resit hotel,ain tak sangka...qashaf yang tak pernah melanggar hukum allah sanggup berzina,demi membuktikan bahawa dia lelaki sejati...bila ain menegur kesalahan suaminya,qashaf cuma menjawab" semua orang tuduh abang tak mampu buat ain hamil,sedangkan sebaliknya orang tak tahu,ain yang bermasaalah,jadi cukup abang tutup aib ain yang mandul,kalau misha mengandung,bermakna abang tak mandul,dan tika itu jatuh talak keatas ain,dan ain abang bebaskan"itulah lafaz terakhir dari Qashaf,ain tk pernah lupa..dan ain tahu Qashaf juga tkakkan pernah lupa.,.selepas enam bulan Qashaf tak memperdulikannya...Qashaf pulang semata- mata ingin mengambil pakaian dan beberapa dokumen...Qashaf pergi membawa semua harapan...berganti seribu kelukaan yang sukar ain ubati biarpun tahun berganti...tiada lagi cinta Qashaf buatnya...semuanya bagai duri yang kian menikam...berdarah..sakitnya hanya allah yang tahu...ain tak pernah lupa qashaf...dan takkan lupa,selagi hayat dikandung badan....
(flashback sebelum kemalangan)
Malam itu juga ain menelefon adiknya azril,ain cuma mampu menangis,marah alia bila ain menceritakan apa yang berlaku,tak sangka Qashaf yang alim dan anak seorang ilmuwan ugama berubah hanya kerana diuji allah soal zuriat,baru empat tahun mereka berumahtangga...bukan qashaf tidak tahu...ain boleh mengandung cuma mungkin mengambil masa...tapi apa daya...mungkin qashaf bukan jodoh ain sebenarnya...malam itu azril dan alia membawa ain kerumah mereka,esok pagi ain akan ke jerman...kerana abang alia ,lufti yang juga sepupu ain menanti disana...
Allah menguji ain lagi bila,kereta yang mereka naikki bertembung dengan sebuah kereta yang lain,kereta mereka hilang kawalan dirempuh oleh kenderaan yang dipandu secara cuai...azril adik nya meninggal ditempat kejadian,azril sempat mengengam tangan ain,yang masih sedar mendekat pada sisi azril,"Kak,kuat ya kak,aril dh tak boleh jaga akak lagi,aril sayang akak sangat- sangat...tolong jaga anak- anak aril akak,jaga alia...arilll...allahhh.." ucap azril,dengan nafas yang kian tersekat- sekat...ain memeluk tubuh azril sambil berbisik kalimah allah ditelinga azril...satu-satunya adik yang dia punya...azril pergi meninggalkan dirinya...menyusul kedua orang tua mereka...
Alia adik iparnya yang duduk dibelakang masih selamat,tetapi akibat rempuhan yang kuat tubuh alia terhentak,Alia koma...Lufti dan keluarganya pulang dari jerman,nek timah dan atuknya menjaga ain yang tak mampu bergerak,kerana tulang paha ain retak...diwajah ain tergores satu goresan luka yang mejadi kesan goresan kelukaan yang akan kekal sebagai parut untuk selamanya...dihari dimana qashaf melafazkan akad buat kedua kalinya....dan ain tersingkir bagai sampah.
Alia tak mampu bertahan,kerosakan pada dalaman tubuh membuatkan alia dibedah demi menyelamatkan nyawa kedua bayi kembarnya...Alia disahkan meninggal dunia selepas melahirkan,sempat alia sedar sebelum kembali koma...alia meninggalkan amanat supaya ain menjaga kedua anaknya...segalanya telah ditakdirkan....mereka redha...mungkin ada hikmah tersembunyi...tapi bagi ain tika itu....dunianya bagaikan tiada arti...dia hilang segalanya....
Lufti lah yang membantunya bangun semula,...seumur hidupnya hanya lufti yang tak pernah jemu memberi semangat padanya...selepas seminggu ain pulih,ayah zubir dan lufti membawa ain dan kedua kembar ke Jerman.Ain menetap disana bersama keluarga ayah zubir....disini ain mula belajar membina semula kehidupan,sambil berubat dan menyambung pelajaran disamping itu ain juga bekerja dengan ayah zubir ,supaya dia boleh melupakan kelukaan hatinya,meskipun segalanya mungkin sukar....
Share this novel