(Qashaf dan kejiwaan)

Family Series 10123

Qashaf merenung lama foto pernikahan dirinya dan ain,bahagia...qashaf tersenyum..perlahan memejamkan mata,merasa seolah foto yang dipeluk adalah ain...tersedu- sedu menangis dan meraung memanggil- manggil nama ain syahadah,sayangnya semuanya sepi...Qadri abang kepada qashaf ,tak mampu berbuat apa- apa,puas dia mencari ain,namun yang dia tahu ain dah bernikah dengan lufti.Dan lufti memberi amaran keras supaya Qadri tak mengangu ain,isterinya...sebagai suami qadri faham lufti ingin melindungi isterinya...Qashaf harus menerima inilah kifarah buatnya...perbuatannya pada ain terlalu kejam...sesungguhnya tiap sesuatu perbuatan menyakiti isteri yang setia pasti ada balasannya...Qashaf sudah menerima balasannnya...tiada sedetik pun bibir nya berhenti memanggil dan meraung nama ain....supaya kembali,rindu yang berat membuat Qashaf sering murung,beberapa kali Qashaf cuba menghiris urat nadinya hingga terpaksa dirawat di rumah sakit jiwa...Qashaf tak lagi peduli pada misha mahupun anaknya,setiap malam dia hanya termenung......kadang kala Qadri melihat qashaf ketawa dan menangis,kedua ibu bapa mereka hanya mampu menangis dan berdoa moga hati ain lembut untuk bisa kembali kepada qashaf,tanpa mereka tahu kini ain adalah milik lufti...lelaki yang awal- awal lagi berjuang keras untuk bisa memilikki ain syahadah wanita yang ditunggu sejak hatinya mengenal apa itu kasih dan cinta....tinggallah qashaf dengan kejiwaannya mungkin suatu hari takdir mengizinkan untuk mereka kembali.....bertemu dan Saling memaafkan


Special bab bonus( Bidadariku)

Dua jam perjalanan mereka kekampung paya buat ain rasa letih.terlelap seketika namun lufti tak membenarkan ain tidur kembali katanya sunyi bila ain tidur,Ain merenung wajah lufti dengan berkaca mata lufti nampak segak,senyuman lufti memang manis tambahan bila ada lesung pipit disebelah kiri pipinya.Wajah tampan yang dihiasi dagu berlekuk membuatkan lufti seperti lelaki dalam majalah yang selalu ain lihat seksi...mungkin kerana berdarah campuran membuatkan lufti tak macam orang melayu asli meskipun papanya atau ayah saudara ain melayu asli campuran bugis dan minangkabau.kulit lufti amat putih,merah bila terkena panas,berbanding kulit ain yang sawo matang memang jauh beza.kadangkala ain segan bila lufti memegang tangannya,bila ain menolak lufti pasti akan marah dan membebel.Bibir tipis lufti kemerahan dihiasi sedikit misai tipis.warna kehijauan menghiasi rahang dan dagu.semalam suaminya mencukur semua bulu-bulu dimukanya.Ain tersenyum malu bila mengingat pagi tadi,lufti bertanya tentang tarikh period awal dan akhir serta masa subur.Kata lufti dia nak ikut petua kawan dia seorang doktor pakar dalam bidang ginekologi di jerman...
Lufti berpaling merenung wajah ain," Dari tadi dok renung abang,hensem sangat eh..and abg tau abang memang hensem,atau sayang abang ni.. nak minta apa- apa kat abang" tanya lufti sambil bibir tersenyum penuh erti.Lufti menarik tangan ain dan diletakkan diribanya," tangan sayang letak sini jadi charger tambah tenaga abang yang dah nak abis haihhh"!! tukas lufti sambil kembali fokus memandu.sekali sekala lufti mengucup tapak tangan,sambil mata masih fokus memandu.ain dah malas nak melarang,nanti ada jawapan tak semenggah yang lufti bagi.macam semalam ain baru keluar dari tandas lufti terus tarik ketempat tidur,kata lufti time pagi- pagi hormon lelaki dia tengah mencanak nak kena cari tempat lepas hormon,mau tak mau ikut jerlah walaupun pagi tu dah kali ketiga ain mandi pagi.Dulu masa belum nikah dengan ain,lufti ni kerek nak mampus,garang sangat sampai pernah anak buah dia terbirit- birit lari masuk rumah dijerkah lufti...sebab keluar pakai seluar pendek separas paha.Tengok macam ganas,garang sebenarnya lufti cukup lembut hati.Ada ketika kalau ada benda yang melibatkan keluarga lufti akan menjadi orang yang paling tegas dan tak lut dirayu...Dari dulu itulah diri lufti..yang ain kenali cuma dengan ain dan arwah adiknya lufti akan mengalah....

" Sayang abang nak bawa sayang honeymoon kat satu tempat,tapi sebelum tu kita ziarah pusara adik-adik kita juga pusara atuk dan nenek...sayang okay kan"? tanya lufti." Ain okay je,abang nak bawa ain pegi mana? tanya ain." Mana boleh bagitau,nanti tak jadi surprise la sayang haihhh"!! ujar Lufti sambil tersengeh." Jauh tak abang,kalau jauh ain nak tidur lah,letih lah abang,badan rasa sengal" tukas ain perlahan.Lufti memberi signal berhenti dibahu jalan.Lufti meletakan tapak tangan didahi isterinya memang sedikit panas suhu badan isterinya.kesal pulak rasanya sebab banyak kali meminta ain melayannya,sungguh dia dah macam ketagih layanan ain ditempat tidur ..memenuhi keperluan batinnya,lembut dan panas yang ain pamerkan bila bersamanya menjadi candu,membuat lufti tak mahu berhenti,meskipun tika itu tubuh lufti sendiri kelelahan...Lufti sendiri pun tak faham dengan nalurinya sebagai lelaki..
" kita keklinik ya sayang,panas badan sayang ni,nanti kita rehat dulu kat rumah arwah nenek,esok baru pi honeymoon..abang risau sayang,tengok muka pun pucat ni" ujar lufti mengusap- usap bibir ain,sekali sekala mencium ubun- ubun isterinya...rasa menyesal pun ada sebab mengikut hawa nafsu lelakinya...
Ain cuma menganguk tanda setuju, kalau menolak pun lufti takkan mengalah,terus memujuk sampai isterinya setuju.Ain kembali memejamkan mata,ain merasa tubuhnya terlalu penat..mungkin dirinya betul- betul lemah.lufti merebahkan kerusi ain supaya ain boleh berbaring selesa.mengucup sekilas bibir ain dan berbisik" maafkan abang buat sayang letih,sehari dua ni abang bagi sayang cuti dulu,abang tak kacau sayang,lepas sembuh abang sambung balik sentuh sayang,target abang nak buat sayang pregnant kembar tiga tau...hahaha" bisik lufti sambil mengusap-usap perut ain yang sedikit membuncit kerana tubuh ain memang berisi. Ain membuka mata dan menampar perlahan paha lufti..." Abang ni sengal lah....suami sapa tak tau laa..haih" bebel ain sambil memasamkan muka..dan kembali memejamkan mata kerana kepalanya mula pening dan mata nya kian berat.....Lufti cuma tersengeh macam kerang busuk...puas dapat mengusik kekasih hatinya..

Lufti merenung wajah ain tertidur,bidadarinya kelelahan...dan lufti merasakan isterinya sedikit aneh,perut ain juga agak keras,ain juga dah terlewat datang bulan hampir tiga minggu...Lufti masih belum berani menyakini ain hamil kerana ain cuma punya sebelah sahaja ovarinya yang berfungsi.Masih terbayang saat ain menangis memeluk mummynya ketika doktor Douglas Sean memberitahu bahawa sebelah ovari ain rosak akibat kemalangan,untuk hamil mungkin agak sukar,tapi tidak mustahil jika tuhan mengizinkan.kata Douglas lagi sel telur ain cukup sihat meskipun rahim ain cuma berfungsi sebelah...
Lufti tersenyum sambil mengusap-gusap perut ain,tanpa sedar kolam mata berkaca..." Andai benar rezeki kita sayang,tak sia- sia usaha abang,dan tak sia- sia doa abang selalu untuk ain merasai menjadi ibu kepada anak- anak abang...,"bisik lufti perlahan..." Abang sayang sangat kat ain" ucap lufti sebelum mengucup lembut pipi ain.
Lufti mengusap perlahan kelopak mata yang sedikit berair,entah kenapa terasa sebak bila mengingatkan perjuangannya untuk mendapatkan ain.Bagi lufti ada anak atau tidak,bukanlah sesuatu yang penting...asal ain sentiasa disisinya,itu adalah hadiah yang tak ternilai buatnya...dan dia sentiasa bersyukur dengan apa jua yang allah takdirkan buat dirinya dan ain...wanita yang dinanti dari dulu...hanya Ain syahadah...bidadari dunia akhiratnya...

Lufti kembali fokus memandu,dari jauh sudah ternampak simpang menuju keKampung Paya,lufti membelok masuk kejalan tar kampung paya..kampung dimana ain dan lufti pernah dibesarkan..banyak kenangan tersimpan didesa ini...
Dari jauh sudah nampak rumah batu dua tingkat milik atuk dan nenek mereka...masih teguh menanti kepulangan penghuni- penghuninya...meskipun pemiliknya telah lama berpulang kepangkuannya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience