pertemuan

Family Series 10123

Lufti memandang rumah pusaka milik nenek mereka,rumah bahagian atas adalah kayu sepenuhnya.Berbumbung zink,tingkap yang tertutup rapat kerana terakhir kali papanya pulang 7 bulan yang lalu.Dirumah inilah pertama kali dia bertemu ain,isterinya.Dirumah inilah arwah atuknya menjadikan Lufti lelaki yang sebenar- benar lelaki.Dan rumah ini juga persinggahan terakhir arwah azril dan alia,dan dirumah ini juga tempat atuk dan neneknya berkasih sayang

Rumah peninggalan bapa papanya dan emak ain,Lufti masih mempunyai atuk dan nenek disebelah mummy nya,yang masih sihat,berlainan pula ain yang hanya mempunyai atuk dan nenek disebelah ibunya sahaja,bapa ain hanya yatim piatu.Bapa mummy nya seorang mualaf berketurunan belanda dan melayu bugis,manakala neneknya merupakan anak melayu jati kedah...atuk dan nenek sebelah mummy nya tinggal di kampung Kuala perlis.Atuknya seorang yang masih kuat bekerja sebagai pemborong ikan...meskipun dia mempunyai syarikat sendiri.kerana kecintaan pada lautan ,dia tak mau jauh dari laut....kedua atuk dan neneknya disebelah mummy nya sering datang menjenguk rumah peninggalan besan mereka jika mereka ada masa terluang.sebab itulah rumah masih cantik dan terjaga.

Lufti merenung wajah ain yang masih tertidur,rasa berat untuk membangunkan isterinya yang terlihat sangat nyenyak tidur...tetapi waktu solat hampir penghujungnya." Sayang...dah sampai rumah nenek ni,jom bangun,abang boleh jer gendong sayang,tapi abang takut sat gi pengsan pulak pak lebai sebelah rumah nenek,dari tadi dok usha tengok abang,mungkin dia ingat abang nak pecah masuk rumah kot" bisik Lufti ke cuping telinga Ain yang masih belum sedar sepenuhnya. Ain yang masih mamai terus terbangun..duduk menegak sambil mengenyeh-genyeh mata yang masih kelat dan sukar dibuka...sungguh dia rasa letih sangat.Mata ain memandang rumah arwah neneknya,tempat emaknya dilahirkan."rinduuu,rindu pada yang tiada amat menyakitkan"bisik hati ain...
" Jom sayang..abang nak buka kunci pintu.." tukas lufti.selepas mengunci kereta,mereka bergerak masuk kearah pintu depan rumah yang bertutup grill.
Keadaan dalam rumah bersih,ada sofa dan meja makan diruang tamu.Ain bergerak kedapur,membuka peti ais...kosong hanya ada air mineral.Barang dapur memang tak ada."Abangg,lepas solat kita ke mini Market kat depan sekolah na,ain nak masak la,tak rasa nak makan luar" ujar ain.Lufti yang berada diruang tamu menyahut" okay sayang,tapi abang nak mandi dan solat,jom kita mandi dan solat" ajak lufti sambil menarik tangan isterinya menuju kebilik tidur milik mereka berdua dilantai atas.

Ain dan lufti memilih mini market milik sahabat mereka masa kecil dulu,mini Market sinar berkat milik Haikal.Ain membeli beberapa ketul ikan tenggiri,sotong dan udang,kerana lufti sangat sukakan makanan laut kalau dimasak sambal."sayang jangan banyak sangat esok pagi kita nak bertolak ke satu tempat,masak untuk malam ni je tau,tapi abang nak makan Tom yam,buat masam sikit tau,tak nak campur ayam atau daging abang nak full seafood,tak tau dari semalam abang nak makan Tom yam ..haih la,macam mengidam lak...takkan abang yang pregnant.. " bebel lufti melalut jer keje nya..hahaha.Ain cuma mengiakan sahaja,bukan boleh dibankang,..kalau di bankang keluar lah ayat sengal ala- ala lufti,kalau tak pun,Lufti akan balas dendam tak kasi ain tidur sampai pagi dia ajak acara bercucuk tanam.Dengan Lufti tak boleh diajak bertekak..confirm tak menang punya...
" Tapi sayang, Tom yam abang nak lain sikit, abang nak sayang masak bagi masam sikit..satu lagi kuah mesti warna merah dan pedas tau"bebel lufti lagi dengan badan pulak dah menempek dekat belakang ain macam kucing jantan miang.Beberapa kali ain menolak badan lufti yang sengaja di keraskan macam tembok...." Abang dah la,jom pi bayag" ujar ain sambil menolak perlahan badan lufti." Biar abang bawa bakul tu,ain pegang tangan abang ni,sat hilang payah nak cari" usik lufti sambil menarik tubuh ain dekat dengannya.

Ain dan lufti berjalan bersama sambil tangan ain memeluk erat lengan lufti sambil ketawa bila lufti mengusik ain.
" Ainnn...ainn...ain syahadah" jerit seseorang memanggil nama ain.Lufti menoleh melihat seorang wanita berjalan dengan laju kearah mereka sambil mengendong seorang kanak- kanak perempuan,yang dalam usia lebih kurang 4 atau 5 tahun,tetapi ada sesuatu yang pelik pada kanak-kanak perempuan tersebut...
" Ya ada apa cik puan panggil isteri saya'?soal lufti bila wanita tadi berdepan dengannya,tubuh ain lufti tolak kebelakang tubuhnya yang tinggi dan tegap.Ain merenung wajah wanita didepan nya,puas dia cuba mengingat wajah didepannya,tapi dia tetap tak kenal."Saya misha...isteri qashaf,boleh saya jumpa sekejap dengan isteri encik,ada sesuatu yang ingin saya sampaikan." pinta perempuan bernama misha. Lufti merenung wanita didepannya,kurus dan tak terurus.Lufti menari nafas panjang sebelum mula bersuara. dengan wajah yang amat tegang.." Saya tak izinkan,isteri saya bertemu dengan sesiapun yang ada sangkut paut dengan lelaki tak guna tu,kalau awak nak jumpa isteri saya nak cerita hal suami awak atau apa sahaja tentang masa lalu kalian..jawapan saya tetap tidak...bagitahu pada keluarga awak dan suami awak tu...saya sebagai suami nya tak akan pernah mengizinkan dia bertemu dengan kalian semua,langkah mayat saya dulu.Kalau saya mati pun...papa saya takkan berdiam diri,..apa yang pernah awak dan suami awak lakukan pada isteri saya dulu,adalah masa lalu...masa lalu yang membuat kami semua kehilangan orang- orang yang kami sayang..untuk apa awak nak jumpa isteri saya,untuk merayu,merayu untuk apa...menyembuhkan suami awak,..betul tak?soal lufti dengan mata yang tajam merenung misha..Misha terdiam,tubuh kurus nya terasa mau rebah tika mendengar suara garang lufti,semua ahli keluarga qashaf termasuk qadri amat takut pada Lufti.

" Lebih baik awak balik...ajaklah suami awak bertaubat..., itu lebih baik..Ain milik saya,dia tanggungjawab saya,amanah adik ipar saya azril dan arwah mertua saya...sakit ain adalah sakit saya,..jangan gangu kami lagi..kami pergi dulu,dan maaf isteri saya tak mampu menyembuhkan suami awak..kerana isteri saya bukan tuhan..." tukas Lufti menarik bahu ain kesisinya,berjalan sambil memeluk erat bahu ain...kerana dia tahu ain sedang dalam keadaan terkejut..Ain menoleh seketika,namun lufti menarik erat tubuh ain kedalam pelukannya..." Tak payah tengok dah,kalau degil abang cium kat sini,biar orang tengok... abang jamin sayang takkan keluar rumah setahun sebab kena viral dalam fac" ugut lufti serius...Ain menepuk paha suaminya yang baru saja duduk kat tempat pemandu selepas menolak ain masuk kedalam kereta dan meletakkan barang yang mereka beli tadi." Hmm..ain cuma tak ingat siapa dia,rasa macam kenal,abang pulak bunyi macam suara harimau jantan tengah berang...ain pun jadi terkejut,lupa abis semua" bebel ain dalam nada rajuk.Membulat mata Lufti,ada ka patut dia kata laki dia yang kacak dan mancho ni rimau..haihh.." Ooo..abang rimau jantan yaa...tak pa sayang balik rumah sat gi abang jadi rimau jantan nak mengawan,sayang tengok macam mana dia cari rimau Tina yang dia dah bagi cop mohor halal tau"bisik Lufti kat telinga isterinya...Ain cuma berdiam diri tak berani jawab dah...lufti bukan boleh kira...sengal tak boleh diajak berdebat..diam lebih baik...Lufti tersenyum kemudian ketawa kuat sambil mengusik..." Ha...diam dah...tau takut kena ngapp" usik lufti...kemudian mula memasukkan gear dan memulas stereng kereta bergerak perlahan- lahan meninggalkan tempat itu.Lufti merenung cermin pandang belakang,Misha masih disitu tetapi tidak sendiri..ada lelaki berdiri disebelahnya..yang pasti lufti tidak tau siapa....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience