pertemuan untuk perpisahan

Family Series 10123

Ain melangkah penuh debaran dihati.Ditemani bapa saudara dan lufti bersama peguamnya,berharap sebolehnya tidak bertemu qashaf.Sudah lama ain tidak bertemu qashaf,entah bagaimana rupa qashaf sekarang,rasa takut merajai hati namun ain berdoa semoga semuanya baik- baik saja.Dalam perjalanan kebilik mahkamah,berhadapan pintu mahkamah...Ain terpegun melihat seseorang yang amat ain elakkan
untuk bertemu...suaminya atau bakal mantan suami,cuma belum sah dari segi hukum...dari lafaz qashaf sendiri memang ain tk pernah lupa.
Tubuh tinggi lampai,badan yang agak kurus,kulit cerah namun tidak secerah kulit lufti...rambut qashaf agak panjang seperti tak terurus,dikanan qashaf ada keluarga suaminya yang ain tk berapa kenal...dan yang ain agak terkejut...qashaf berjalan mengunakan tongkat....Ain mengengam erat tangan bapa saudaranya,menarik nafas dan terus melangkah tanpa menoleh kearah qashaf,dia percaya qashaf agak sukar mengenalinya,kerana tubuhnya dan wajahnya sudah berubah...tetapi ain lupa qashaf mengenali lufti.." Lufti...!!"tegur qashaf...tersenyum memandang lufti yang berada didepan,tanpa sedar dibelakang nya ain sedang berdiri memandang kearah bertentangan.lufti dan qashaf berjabat tangan begitu juga bapa lufti...namun pandangan qashaf terhenti pada tubuh yang berisi dan comel,matanya merenung tajam,bila gadis berpusing memandangnya,qashaf terkejut...meskipun wajah ain berparut,dia amat kenal bentuk muka,mata dan bibir...tiada lekuk senyuman...hanya pandangan kebencian,sorot mata yang kosong...tanpa sedar airmata qashaf menitis...teringat kelukaan yang diberikan...dia rindukan senyuman itu,senyuman gadis yang pernah dipujanya...sayangnya dia melukakan hati wanita didepanya...dia masih mengharap masih ada kesempatan,sayangnya kesilapannya adalah berlaku curang dengan isterinya tidak mampu diubah...andai saja masih bisa...namun dia tetap cuba untuk bertahan meskipun dia harus menipu menutupi kesilapanya asal ain tetap disisinya...ain tak punya bukti lafaz talak suatu tika dulu,...biar apa yang berlaku ain tetap miliknya...dia tak pasti apakah ain masih ingin bersamanya...jika ain tidak ingin bersamanya kembali,dia akan memaksa..dia merasakan dia masih berhak...qashaf terlalu ego untuk mengalah,terlalu sombong untuk mengaku dia telah kalah pada takdir ilahi.

qashaf merenung wajah ain,hampir tujuh tahun wajah itu tk pernah luput dari ingatan.meski ada misha melayannya zahir batin,namun tk pernah sama." Ain apa khabar"?soal qashaf meskipun agak perlahan,masih bisa didengar oleh ain." masih sihat,belum nak mati lagi" jawab ain dengan nada yang amat ketus.fahamlah qashaf ain tidak mahu lagi berbual dengannya,Ain mengeratkan pegangan pada lengan lufti,dan lufti memahami kehendak ain." hmm qashaf,kami masuk dulu,jumpa didalam," ujar lufti tersenyum nipis.Hati qashaf terasa sakit melihat ain dan lufti,dari dulu...lufti lah pahlawan bagi ain...qashaf pernah bergaduh dengan ain kerana cemburu pada lufti.,dan ain akan mendiamkan diri bila hal lufti diungkit,hingga suatu hari hal kecurangannya ain ceritakan kepada azril adik ipar qashaf,disitulah kehancuran qashaf bermula,sedikit demi sedikit ain berubah...malahan lafaz itu terjadi ketika dia begitu marah pada ain,bukan sekali tetapi dua kali,pertama ketika ain bertanya tentang hubungannya dengan misha serta resit hotel,dan yang kedua ketika ia pulang untuk mengambil dokumen,setelah hampir 6 bulan meninggalkan ain dek kerana seronok dengan layanan misha,hubungan mereka tanpa batas,seolah- olah zina tu bukan dosa.....ia tahu ia salah...tapi salahkah dia yang cuba memperbaikki rumahtangganya...andai ain tidak mahu,ia akan berbuat sesuatu, agar ain tetap bersamanya meskipun sulit...

Bagi ain semuanya cukup sampai disini,segala bukti sudah ain beri,ain tidak menuntut apa-apa,sekadar mohon dilepaskan,kerana ain ingin memulakan hidup baru.selepas bukti yang ain bagi dimahkamah,hakim memutuskan tarikh persidangan semula adalah bulan depan,...putusan lafaz talak dari suaminya ditetapkan bulan depan,kerana hakim perlu berbincang tentang bukti yang dikemukan ain.walaubagaimanapun lafaz talak yang pernah dibuat suaminya adalah sah,cuma yang salah ia dilafazkan diluar mahkamah...

wajah qashaf murung,apatah lagi bila mengetahui ain menyimpan foto dan video yang dikirim misha 7 tahun lalu,foto ia tanpa sehelai benang pun,dan video dia dan misha sedang berasmara dikatil bilik hotel...dalam keadaan berbogel...
qashaf mengusap wajahnya beberapa kali...menyesal...amat menyesal...tapi apa daya nasi sudah menjadi bubur...pertemuannya dengan isterinya...adalah pertemuan untuk berpisah.....qashaf fikir ain lemah...tetapi rupanya...ain lebih kuat dari yang dia sangka....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience