Qashaf merenung foto yang terpamer dibilik tidur rumah yang dulunya mantan isteri pertamanya tinggal.Foto ain tersenyum bahagia.Dia juga begitu,hari bahagia mereka menjadi kenangan yang begitu indah.Dialah yang salah.kini ain bukan miliknya,bahkan ain menutup segala media yang sering dia gunakan,nombor telefon ain juga tidak lagi aktif.ain membuangnya dari memories,sebagaimana yang pernah qashaf lakukan 7 tahun dulu...Dia punya zuriat sekarang,sayangnya itu semua itu tidak ada artinya,hidupnya tawar,melihat wajah sang anak yang begitu diingini bagi membuktikan kejantanan,bagai merobek kisah silam...keegoannya dan kecurangannya..dia kehilangan seseorang yang begitu berharga..." Ain syahadah," bisik bibir qashaf...memejam mata mengimbas wajah yang dirindu....dan penyesalan yang mungkin sampai keakhir hayatnya,luka yang akan terpatri menjadi kelukaan yang amat dalam dan tak mungkin akan sembuh selamanya....
sudah lima hari qashaf tidak pulang kerumah.Misha mengeluh perlahan.wajah si anak direnung sayu.Hidupnya jauh dari bahagia.selepas qashaf bercerai dengan ain,qashaf lebih banyak tinggal dirumah bekas isteri pertamanya.Bahkan selepas ain menghilangkan diri qashaf bagai orang gila,kesana kemari mencari ain,tanpa memperdulikan misha tika itu.Dan bila adik iparnya azril meninggal dunia,qashaf tak pernah pulang kerana sibuk menjaga ain tika itu yang masih koma.Tidur malam qashaf sentiasa bermimpi ain si isteri pertama,malahan saat mereka bersama qashaf sering tersasul menyebut nama ain...qashaf sering menangis bila bersendiri dan ucapan penyesalan tak pernah lekang dari bibirnya tika dia merenung foto lama ain telefon bimbitnya.Misha pernah membuka galeri telefon bimbit suaminya,penuh foto ain,foto mereka diatas katil disebuah hotel ketika suaminya dan ain berbulan madu,qashaf mencium pipi ain sambil tersenyum...mereka begitu bahagia...misha rasa cemburu kerana tak pernah satu pun foto mereka bersama di abadikan,hanya foto anak mereka itupun semasa anaknya baru lahir...setelah anaknya besar tak ada lagi foto yang qashaf simpan..
Misha tak mampu menahan rasa,setitis airmata menitis kepipinya,bagi misha ia tak salah,qashaf yang membawanya masuk kedalam rumahtangga ain dan qashaf, meskipun dia yang menjadi pengoda yang membuat qashaf berpaling kepadanya,mereka sama- sama rela melakukan hubungan itu sehingga misha menyerahkan sesuatu yang berharga pada qashaf, meskipun mereka tiada ikatan halal.Dan hubungan itu berlanjutan hingga misha hamil ketika itu barulah qashaf mahu menikah dengannya,itupun selepas keluarganya memaksa.misha sangkakan mereka akan bahagia,selepas ain menghilang dan hadirnya anak antara mereka....sayangnya qashaf berubah,hilang ain dari hidup qashaf umpama membawa jiwa qashaf bersama tanpa meninggalkan sedikit pun ruang untuk misha masuk...dan misha rindu qashaf yang dulu...yang sentiasa tersenyum padanya....kini sukar untuk melihat qashaf tersenyum atau berbual dengannya, kalau ada pun sekadar sepatah dua,qashaf sentiasa menghindarinya seolah- olah dirinya tidak ujud bagi qashaf....jauh disudut hati misha,terasa satu penyesalan yang tk kunjung padam,sesal kerana takdir yang begini untuk dirinya....
Share this novel