Ain merenung sawah yang terbentang luas,pohon padi meliuk ditiup angin petang.Dihujung rumah padi milik neneknya,ada sepohon keriang dot,itu panggilan orang utara,ain pernah lepak sambil menunggu lufti dan azril memanjat pokok, lufti,aliya dan azril seorang lagi sepupu ain jija atau haiza,lufti dan azril memanjat pokok keriang,mereka bertiga tunggu dibawah,lufti turun dengan poket penuh buah keriang dot,semuanya diberi pada ain,tak sebiji pun dibagi pada aliya dan haiza,kata lufti," ain tak ada emak dengan ayah jadi abang lufti nak ganti jadi mak dengan ayah ain,jaga ain bagi apa yang ain nak,jija dan aliya ada mak ayah boleh minta kat mak ayah" ujar lufti bila aliya membebel pada nya.Aliya dan jija terdiam,mulai detik itu mereka faham kenapa lufti begitu mengambil berat tentang ain. memori itu ketika ain berusia 13 tahun, azril dan aliya pula 10 tahun ,jija pula 12 tahun...manakala lufti 15 tahun,lufti bagaikan abang kepada mereka semua.Ain sangkakan lufti menyukai seorang gadis yang sebayanya.gadis itu selalu datang kerumah lufti untuk belajar bersama ,lufti selalu tersenyum bila berbual dengan gadis tersebut. Gadis itu cantik orangnya,anak pak karim tinggal dihujung kampung.Ain tak ingat namanya.selepas ain masuk uitm,hubungan nya dengan lufti agak renggang,lufti banyak menghabiskan masa dengan gadis tersebut,ain mengambil jalan mudah dengan berpindah tinggal di kamsis puncak perdana.Lufti sering menghubunginya,entah mengapa hatinya berat untuk terus bergantung pada lufti,mungkin suatu masa lufti akan punya kehidupan sendiri,siapalah ain untuk mengharap pada lufti...dari saat itulah ain mula menyepi,setiap kali balik cuti ain akan mengelak dari bertemu lufti...ain tak mahu mengangu hubungan lufti dan kekasihnya...jika lufti datang kerumah nenek mereka,ain akan keluar bersama jija,kadangkala tidur dirumah jija.Hinggalah suatu hari,lufti mengamuk sakan dirumah nenek mereka bila ain tak pulang beraya dikampung malah memilih beraya dikampus.Berkali- kali lufti menghubungi ain.Mesej pun tidak berjawab,sehingga ayah zahid lah menghubungi ain,barulah ain menjawab memberitahu,ain beraya bersama kawannya di Kuala selangor.Lufti seperti orang tak betul,habis semua orang kena tempias,termasuk anak pak karim,cerita ayah zahid lagi,Lufti beli baju raya sedondon dengan ain dan azril...tapi bila ain tak balik,dia rasa kecewa,lufti call ain tak jawab,bertambah baran lah dia,sampai nak pergi ke selangor angkut ain balik,kalau ain tk mau dia nak seret masuk dalam kereta,sampai macam tu sekali,lufti buat perangai tak semenggah dia,ayah zahid dah angkat tangan,sebab dia tahu berapa keras hati lufti,degil macam mama nya payah nak beralah.
Disebabkan kesian pada ayah zahid yang merayu- rayu ain untuk balik beraya,petang raya tu ain balik juga,nasib baik ada bas lagi,sampai kat alor setar ,lufti dah menunggu,muka jangan cakap laa,masam nak mampus,mengalahkan cuka,ain malas nak melayan buat bodoh jer,masuk dalam kereta,tubuh ain ditarik kedalam pelukan lufti,ain terkejut," oo..emak engkau!!" latah ain tanpa sengaja kot,dok tak duduk lelaki peluk dirinya yang masih anak dara,tak ke gila...
" oii lufti lepas lah,apasal peluk ain,nak kena tangkap basah,bukan muhrim tau" marah ain laju saja jarinya mencubit lengan lufti,lufti cuma ketawa kuat,sambil jari mencubit pipi tembam ain," Rindu sangat,ain lari abang kejar,nanti kalau ain pergi jauh abang cari,kalau ain kawin dengan orang lain abang tunggu ain cerai,tak kisah lah lama mana,hati abang dah terkunci,kunci tu namanya ain syahadah,abang simpan kunci tu kat laut dalam,siapa pun tak boleh ambik,abang akan simpan sampai abang mati" ujar lufti dengan mata yang berkaca-kaca,merenung wajah,gadis yang amat bermakna dalam hidupnya...bermula detik itu lufti sering membahasakan dirinya abang...setahun kemudian lufti menyambung pelajaran nya kejerman,lufti tak pernah menjanjikan apa-apa,bahkan kata putus untuk ain menunggu.
Bila tamat belajar,ain bernikah dengan qashaf...yang ain tahu,lufti tak pernah pulang lagi sehinggalah ain kemalangan dengan azril..dan lufti lah yang menguruskan semua keperluan ain,bahkan sehingga penceraian dia dan qashaf selesai,dia lah yang bertungkus lumus,membawa ain berubat.kedegilan lufti membuat ain mengalah pada takdir,dia harus terima,jika ini yang terbaik buat dirinyasudah lama lufti menantinya...dan giliran ain pula berkorban untuk lufti,meskipun ain tidak tahu,bagaimana perjalanan rumahtangga mereka kelak.
Hubungan dizaman kanak-kanak,mungkin sebuah nostalgia...tetapi jika allah menetap jodoh mereka tetap ada,meskipun bertahun berpisah,pasti akan bersama jua...kun faya kun...
Share this novel