BAB 9

Horror & Thriller Completed 1036

Balqis yang seakan baru tersedar dengan tindakannya segera memujuk Shiqa dan meminta maaf kerana mengherdiknya.

Setelah keadaan reda, mereka terus sahaja meraikan hari bahagia itu bersama-sama. Hamdan tidak lagi berada didalam kamus hidup Balqis. Dia sudah mati!

Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi. Balqis sedang sibuk mengemaskan ruang tamu, kek coklat yang dibuatnya juga sudah habis dimakan oleh Shiqa yang tertidur diatas sofa. Kek coklat memang pilihannya.

Buat pertama kalinya hati Balqis tenang. Tanpa Hamdan disisi hidupnya menjadi aman dan tenang. Tangan yang basah selepas membasuh pinggan di singki dilap dengan kain bersih. Kakinya diatur kemas menuju ke ruang tamu semula.

“Shiqa ! Shiqa !” Balqis mula panik. Shiqa tidak kelihatan diruang tamu. Balqis bergegas mencari di dalam bilik. Suaranya tidak putus memanggil nama anaknya Shiqa, tetapi tiada juga sahutan dari Shiqa.

Fikiran Balqis mula kusut. Dia menuju kearah ruang tamu semula. Matanya tertacap kearah tingkap yang terbuka luas. Langsir yang bergoyang tidak dapat menghalang pandangannya kearah luar. Susuk tubuh yang amat dikenalinya kelihatan tidak jauh daripada rumah itu.

“Shiqa !” Balqis menjerit sekuat hati. Dadanya berombak kencang. Kelihatan Shiqa berjalan setapak demi setapak menjauhi rumah mereka dengan berkaki ayam. Balqis terus keluar daripada rumah dan mengejar anaknya.

“Shiqa nak kemana? Shiqa !” Balqis memberhentikan langkahnya apabila melihat Shiqa tidak berjalan sendirian. Balqis mengamati susuk tubuh itu dari belakang. Rambut yang panjang mengurai hingga ke bawah pinggang. Bajunya yang compang camping dan kain batik yang diikat senteng diatas buku lali menghairankan Balqis.

“Berhenti!” Balqis mengherdik kuat. Langkah wanita itu tiba-tiba sahaja mati. Sesekali terdengar wanita itu ketawa seperti sedang mengejeknya.

“Siapa kau. Kemana kau mahu bawa anak aku?” Balqis memberanikan dirinya. Shiqa langsung tidak bergerak. Dia seolah-olah seperti dipukau. Balqis tidak berhenti memanggil nama anaknya namun tiada sahutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience