BAB 3

Horror & Thriller Completed 1038

Balqis melangkah kearah pintu yang tertutup rapat. Terdapat dua pintu yang terletak bersebelahan. Balqis cuba menghampiri salah satu pintu tersebut. Sebaik sahaja pintu dikuak. Terlihat katil dan meja solek yang ditutup dengan kain putih, mungkin untuk mengelakkan habuk melekat pada perabot berkenaan. Balqis melangkah masuk ke dalam bilik dan membuka kain putih menutupi perabut berkenaan. Terlihat ukiran yang cantik dibingkai cermin menarik perhatian Balqis. Sedang dia leka melihat ukiran tersebut matanya memandang sekilas dirinya dicermin. Balqis terkejut apabila dia melihat darah mengalir melalui rongga hidungnya. Balqis yang panik terus menyapu darah itu dengan tangannya.

Dia segera mencapai tisu didalam tas tangan dan mengelap darah yang berada di tangannya. Balqis melihat cermin semula darah yang keluar daripada hidungnya semakin banyak. Tisu yang telah berlumuran dengan darah juga bertabur diatas lantai. Balqis menjadi sangat panik, Dia juga bimbang sekiranya Shiqa melihat keadaannya begitu. Balqis terus berlari kearah tandas untuk membasuh tangannya ynag penuh dengan darah.

“Mama!” Shiqa menjerit daripada pintu tandas. Balqis terkejut dengan kehadiran Shiqa secara tiba-tiba dibelakangnya. Balqis segera melihat wajahnya dicermin yang berada dihadapan singki. Tiada darah yang kelihatan, tangannya juga bersih. Balqis berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia bergegas semula kearah hadapan cermin yang bingkai berukir itu. Tisu yang bertabur diatas lantai semunya kelihatan putih bersih. Tiada secalit darah kelihatan. Balqis kaku disitu. Dadanya mula berombak kencang. Apa yang berlaku sebenarnya? Bisik hati kecil Balqis. Dia menatap wajahnya lama di dalam cermin yang berukir indah itu.

Apartment yang diduduki Balqis terasa suram. Balqis seperti tidak betah lagi tinggal disitu. Dia memandang anaknya Shiqa yang sedang lena di atas katil. Raut wajah anaknya saling tidak tumpah seperti suaminya, Hamdan.

“Lelaki keparat itu, memang patutnya dia mati!” tiba-tiba sahaja Balqis naik angin apabila teringatkan lelaki yang pernah menduakannya. Dendam lamanya masih berkesan dilubuk hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience