BAB 12

Horror & Thriller Completed 1038

“Mama datang Shiqa..mama datang” Balqis memutuskan sesuatu. Dia tekad dengan keputusannya.

“Balqis.. Balqis..” Mak Esah yang baru pulang daripada kedai terus menuju ke rumah Balqis untuk melihat keadaannya. Tetapi sebaik sahaja dia sampai pintu rumahnya berkunci dan tiada satu suara pun kedengaran. Mak Esah berasa tidak sedap hati terus berlari menuju ke bahagian tingkap yang berada dibahagian sisi rumah. Setahunya tingkap itu tidak pernah berkunci. Apabila tingkap itu ditolak Mak Esah terkejut besar apabila melihat Balqis telah menggantung dirinya dikipas menggunakan kain cadar. Mak Esah hanya mampu menjerit untuk meminta tolong dia juga telah rebah diatas lantai. Dia tidak menyangka begini pengakhiran hidup Balqis.

KINI..

Balqis menarik nafas dalam-dalam, terasa sesak kini didalam dadanya. Dia seperti mahu pengsan apabila ingatannya kini semakin pulih. Dia tahu bahawa segalanya sia-sia. Dia kini bukan lagi manusia biasa yang berdiri diatas bumi yang nyata. Dia kini berada diawangan. Balqis menyesal dengan perbuatannya sendiri. Kerana tidak percayakan kehendak tuhan, dia bersekongkol dengan syaitan untuk memuaskan hasratnya untuk memiliki anak dan sekarang segalanya telah berakhir.

“Saya...dah mati” Balqis tidak dapat menahan perasaannya. Semuanya adalah khayalannya semata-mata. Mahu sahaja dia meraung sekuat hati. Tapi apakan daya segalanya sia-sia.

Dia juga baru teringatkan wanita yang berada ditingkat satu itu adalah Dukun Timah dan budak kecil yang dilihatnya itu adalah anaknya Shiqa. Air matanya mengalir deras.

Balqis terus mencapai kunci keretanya dan beredar daripada entah kemana. Daripada jauh, seorang budak perempuan sedang memerhatikannya.

“Nenek, kemana mama Shiqa nak pergi?” Shiqa yang berdiri di verandah tingkat atas melihat kereta ibunya beredar meninggalkan kawasan apartment.

“Jangan risau, dia akan datang semula untuk berjumpa Shiqa, tak lama lagi” Dukun Timah tersenyum sumbing. Balqis tidak akan berhenti. Dukun Timah tahu Balqis akan datang semula untuk berjumpa dengannya tidak lama lagi.

“Jom kita balik Shiqa ” Dukun Timah terus mencapai tangan Shiqa dan mereka beriringan masuk ke rumah, menunggu Balqis untuk kembali semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience