BAB 10

Horror & Thriller Completed 1036

“Kau sudah berjanji kepada aku” Wanita misteri itu bersuara. Balqis yang tidak berpuas hati mengerutkan dahinya.

“Janji apa?” Balqis menyoal tanpa berfikir panjang. Wanita itu ketawa lagi, tapi kali ini seperti mengilai.

“Kau dah lupa janji kau pada kau, Balqis ” Wanita itu seperti mahu bermain dengannya. Balqis yang terkejut apabila wanita itu tahu namanya. Balqis tidak berpuas hati, bibirnya diketap keras. Genggaman tangannya digumpal bulat. Nafasnya juga turun naik. Dia langsung tidak tahu tentang janji yang dikatakan wanita itu.

“Janji apa? Siapa kau?” Balqis melangkah setapak ke hadapan. Fikiraannya laju memikirkan apa yang dikatakan wanita itu. Dia juga langsung tidak menoleh memandang kearahnya walaupun sekali.

“Aku? Kau sudah lupa pada aku” Wanita misteri itu menoleh perlahan. Shiqa tetap tercegat disitu tidak bergerak.

“Ini aku. Kau lupa pada aku Balqis ?” Mata mereka menatap tepat kearah masing-masing. Wanita itu hanya tersenyum sinis. Balqis menelan air liurnya yang terasa kelat ditekak. Balqis terus menunding jari kearahnya dengan terketar-ketar.

“Kau..apa yang kau mahu lagi daripada aku?” Balqis sedikit menjerit. Dia tidak menyangka akan berjumpa lagi dengan Dukun Timah sejak sekian lama.

“Janji kau pada aku, masih belum tertunai” Wanita itu masih menagih janji. Walaupun sudah sekian lamanya mereka tidak berjumpa ada sesuatu yang membuatkan ikatan perjanjian masih belum terlerai sehingga ke hari ini.

“Aku sudah berikan segalanya. Apa yang kau mahu lagi?” Balqis mengherdik kekesalan. Tidak sepatutnya dia percaya pada Dukun Timah itu. Kesilapannya itu membuatkan dia terjerat sendiri bersama-sama anaknya.

“Aku mahu nyawa kau!” Dukun Timah mula menunjukkan taringnya. Balqis juga tidak menyangka,kebaikan yang ditunjukkan Dukun Timah mampu membuatkan Balqis terikat dengannya buat selama-lamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience