BAB 2

Horror & Thriller Completed 1036

“Mama..jom kita balik” Shiqa yang sejak tadi memeluk ibunya merasakan tempat itu tidak selamat.

“Mari sayang kita balik” Balqis menarik tangan anaknya beredar dari situ. Dia terus meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga.

Balqis terus mencapai kunci pintu rumah sewanya dan mula memulas tombol pintu. Tiba-tiba ada satu suara telah menegurnya daripada belakang.

“Anak ni baru pindah ke?” seorang wanita separa umur telah menegurnya tidak jauh daripada situ. Balqis menoleh dan melemparkan seulas senyuman.

“Ya kak, baru pindah hari ini dengan anak saya” Balqis berbahasa. Terasa lega apabila berjumpa dengan seseorang yang agak lembut dan ramah.

“Mak Esah tinggal di tingkat satu. Senang nanti singgahlah” Wanita yang dikenali dengan nama Mak Esah membalas senyuman Balqis dengan lebar.

Balqis hanya mengangguk. Mak Esah terus menaiki lift apabila pintu itu terbuka luas. Di tangannya juga kelihatan sarat dengan barang dapur, mungkin dia daripada kedai runcit barangkali fikir Balqis.

Balqis memulas tombol pintu sebaik sahaja kunci dibuka. Bulu romanya tiba-tiba sahaja meremang. Entah angin daripada mana tiba-tiba sahaja menyapa muka dan Balqis yang terkejut terus melepaskan tombol pintu itu secara tiba-tiba. Balqis dapat rasakan aura yang tidak baik. Keningnya bertemu, seperti ada sesuatu yang difikirkannya saat ini.

“Mama, kenapa ni?” Shiqa yang hairan melihat ibunya yang tercegat daripada tadi di muka pintu berasa hairan. Balqis yang seperti baru tersedar, tersenyum pahit. Dia terus membuka luas pintu rumah dan mengangkat begnya masuk. Shiqa juga mengikut dari belakang.

Kelihatan perabot telah disusun cantik dan kemas. Tuan rumah juga mengatakan dia telah menjaga rumah itu sebaik mungkin supaya penyewanya berasa selesa.

Balqis tersenyum puas, mulai daripada hari ini Balqis akan memulakan hidup barunya bersama Shiqa dirumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience