BAB 8

Horror & Thriller Completed 1036

“Pergi! Pergi perempuan gila!” Balqis menjerit semahunya. Urat hijau dilehernya juga jelas kelihatan. Wanita itu terus ketawa.

“Kau pasti ingat pada hari lahir Shiqa yang ke-5, dimana kau membuat perjanjian dengan iblis” Wanita itu membesarkan matanya. Kakinya dihayun memasuki rumah sewa Balqis dengan senyap. Balqis yang terpinga-pinga tidak dapat menangkap maksud kata-kata wanita itu.

“Apa maksud kau?” Balqis cuba menenteramkan dirinya sendiri. Dia kuatkan hatinya untuk bangun semula.

“Betul kau tak ingat apa-apa Balqis ?” Wanita tua itu memandang tepat ke wajah Balqis yang seperti hilang ingatan. Langkahnya diatur menghampiri Balqis yang seakan lemah.

“Bagaimana kau tahu nama aku?” Balqis menunding jarinya kearah wanita itu, seakan memberi amaran keras. Wanita yang mengaku dirinya Mak Esah itu terus melangkah menghampirinya. Balqis pula seakan lemah, dadanya sesak. Telinganya mula menangkap suara kanak-kanak perempuan yang amat dikenalinya. Shiqa !

2 tahun lalu..

“Mama! Mama!” Shiqa berlari-lari anak menuju kearah Balqis. Wajahnya kelihatan sangat ceria. Baju yang dihadiahkan oleh Balqis sempena ulang tahun Shiqa ke -5 telah dipakai kemas olehnya. Balqis hanya menyambut pelukan anaknya dengan erat.

“Mari kita potong kek” Balqis menarik tangan anaknya kemeja utama, dimana terletaknya kek coklat yang dibuat sendiri oleh Balqis pagi tadi khas untuk Shiqa. Tidak semena-mena Shiqa menarik muka masam. Terasa ada kekurangan diantara mereka.

“Mana papa?” Shiqa meluahkan rasa hati. Sudah sebulan dia tidak melihat wajah lelaki itu. Balqis yang tadinya berasa girang kini bertukar rasa benci.

“Jangan kau sebut lagi nama itu! Dia lelaki tak guna!” Balqis tidak dapat menahan rasa marahnya. Shiqa yang terkejut terus menangis teresak-esak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience