BAB 11

Horror & Thriller Completed 1036

“Berapa nyawa lagi kau mahu? Aku sudah korbankan Hamdan ” Balqis terus meluahkan rasa tidak puas hatinya. Kini barulah dia sedar yang Dukun Timah seorang yang tidak boleh dipercayai. Dia membuat perjanjian dengan iblis untuk mendapatkan zuriat hasil pertolongan Dukun Timah tetapi akhirnya dia sendiri terjerat dengan apa yang dilakukannya sewaktu dulu. Sehingga kini dia masih lagi dibayangi oleh Dukun Timah.

“Sudah! Aku tak mahu dengar lagi. Kembalikan anak aku” Balqis mahu mendekati Shiqa tetapi dihalang oleh Dukun Timah.

“Kau janji pada aku, segala yang aku minta kau akan tunaikan. Kau dah janji..” Dukun Timah ketawa tanpa henti. Balqis menutup telinganya, tidak mahu mendengar apa-apa. Dia tidak akan menurut perintah Dukun Timah lagi. Tidak kali ini!

Sejak daripada hari itu Balqis selalu meracau dan berkhayal sendiri. Mak Wan selalu menjenguk dan menjaga makan dan minum Balqis sejak anaknya dilaporkan hilang. Tiada siapapun yang tahu kejadian yang sebenarnya. Balqis selalu menangis dan meraung apabila teringatkan anaknya Shiqa.

“Balqis.. Tolong aku..” suara itu menggegarkan cuping telinga Balqis. Balqis yang sedang duduk di ruang tamu menoleh disekeliling rumahnya. Suara itu seperti suara Hamdan, bekas suaminya. Balqis menutup kedua belah telinganya dengan tangan. Dia mula mengunci pintu rumah dan berkurung didalam rumah. Tiba-tiba terdengar seretan kaki seseorang dibelakang Balqis. Dia dapat rasakan ada seseorang sedang memerhatikannya sekarang ini. Balqis langsung menoleh dan terkejut apabila melihat Hamdan yang berlumuran darah dan matanya yang tersembul keluar daripada soketnya sedang perlahan menuju kearahnya.

“Balqis... Tolong aku Balqis ” Hamdan menarik kakinya menuju kearah Balqis. Balqis yang ketakutan menjerit sekuat hati dan berlari kedalam bilik dan terus mengunci pintu. Tombol pintu itu dibuka dengan keras daripada luar. Suara Hamdan masih kedengaran disetiap penjuru biliknya.

“Diam! Kau dah mati” Balqis berlari kedalam bilik dan mengunci dirinya.

“Mama...mama..” Suara Shiqa pula kedengaran. Kini kelihatan didalam cermin wajah anaknya sedang berdiri disebelah katil, dia melambai-lambaikan tangannya menyuruh ibunya turut serta bersamanya. Balqis yang amat rindu kepada anaknya terus mengalirkan air mata. Dia mahu menatap wajah anaknya puas-puas. Dia mahu memeluk Shiqa kerana rindu yang teramat sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience