BAB 1

Horror & Thriller Completed 1036

Balqis menarik begnya yang berisi pakaian menuju ke rumah sewa yang bersama anak perempuannya setelah baru bercerai dengan Hamdan.

Balqis tersenyum puas melihat kawasan sekitar, terasa aman dan tiada gangguan. Balqis menarik begnya menuju ke pintu rumahnya dan mahu mengambil kunci rumah yang diberikan oleh tuan rumah itu semalam. Semasa dia meraba-raba kedasar begnya, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia baru tersedar yang anaknya tiada disisinya.

“Shiqa ! Shiqa !” Balqis mula cemas. Dia menghayun langkah deras menuju ke tempat letak kereta. Nama Shiqa tidak lekang daripada bibirnya. Namun anaknya tidak juga kelihatan. Balqis sudah mula risau, otaknya mula memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Arghh!!” suara Shiqa yang menjerit tiba-tiba kedengaran di sebalik kereta yang tidak jauh daripada tempat Balqis berdiri.

Balqis terus berlari menemui Shiqa. Kelihatan seorang wanita yang tidak terurus sedang memegang tangan Shiqa yang meronta-ronta mahu dilepaskan.

“Jangan ganggu anak aku!” Balqis menyergah. Matanya dibulatkan dan memandang tepat kearah wanita itu. Wanita yang seperti tidak waras itu terus melepaskan Shiqa dan mengundur kebelakang.

“Kau tidak akan selamat!” wanita itu seolah-olah mengugutnya. Setelah kelihatan beberapa orang sedang menuju kearah mereka, wanita itu terus beredar, dan menghilangkan diri.

“Cik tak apa-apa ?” seorang lelaki menegur Balqis. Lelaki yang juga tinggal di aparment tersebut mengatakan wanita itu selalu menganggu penduduk disitu.

“Kenapa dibiarkan sahaja?” Balqis seperti tidak berpuas hati. Kawasan yang tadinya kelihatan aman kini berasa terancam gara-gara wanita yang kurang waras itu.

“Dia tidak merbahaya, lagipun dia tidak begitu dulu” Lelaki itu menerangkan. Balqis kehilangan kata-kata. Dia mendengus halus. Lain kali dia mesti berhati-hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience