BAB 5

Horror & Thriller Completed 1036

“Tira..Shiqa..” Balqis mengonyoh-ngonyoh matanya lembut. Kedengaran suara Shiqa yang ketawa seperti sedang seronok bermain. Langkah Balqis diperlahankan dan dia cuba mengintai disebalik dinding. Dadanya berombak kencang, entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Sedang Balqis mahu melihat anaknya di ruang tamu tiba-tiba sahaja bajunya ditarik.

“Mama..” Shiqa yang baru bangun tidur terus mencari ibunya yang tiada disisi. Balqis tersentak apabila bajunya ditarik oleh Shiqa. Balqis segera menoleh ke ruang tamu semula, tiada sesiapapun yang kelihatan. Ini membuatkan Balqis dapat merasakan sesuatu dengan rumah ini. Sesuatu yang tidak baik!

Balqis melangkah laju menuju ke lift apartment, dia mahu berjumpa dengan Mak Esah. Wanita yang sudah separuh usia itu adalah wanita yang pertama dikenalinya sebaik sahaja berpindah ke aparment itu.

“Mak Esah ! Mak Esah !” Balqis mengetuk pintu rumah Mak Esah yang tertutup rapat. Balqis terus mengetuk sehingga pintu itu terbuka. Seorang kanak-kanak perempuan telah membuka pintu sambil tersenyum.

“Nenek ada?” Balqis tersenyum manis. Kanak -kanak itu terus berlari kedalam memanggil neneknya. Seketika kemudian seorang wanita tua itu keluar sambil membetulkan sanggulnya.

“Balqis.. mari masuk” Mak Esah membuka kunci pagar rumahnya dan Balqis masuk mengambil tempat dikerusi ruang tamu.

“Terima kasih Mak Esah ” Balqis menarik tangan Mak Esah apabila melihat wanita itu mahu ke dapur untuk membuat air. Balqis terus menyuruh wanita itu duduk disebelahnya. Kelihatan cucu perempuan Mak Esah sedang mengintai di pintu bilik tidurnya yang ditutupi dengan langsir jarang, tetapi dibiarkan sahaja oleh Balqis. Perkara yang mahu disampaikan ini kepada Mak Esah lebih penting.

“Saya ada sesuatu nak bertanya pada Mak Esah ” Balqis memandang tepat kearah Mak Esah yang terpinga-pinga.

“Kenapa ni?” Mak Esah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Balqis sejak dia berpindah ke apartment itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience