BAB 4

Horror & Thriller Completed 1036

Balqis melangkah perlahan meninggalkan Shiqa didalam bilik dan menuju ke arah dapur. Tekaknya kering, mungkin cuaca yang agak panas malam itu menyebabkan Balqis mahukan air sejuk untuk membasahi tekaknya. Dia membuka peti ais lalu mencapai air yang berada didalam botol dan menuangkannya kedalam gelas. Balqis meneguk air sejuk itu perlahan, terasa lega tekaknya apabila air sejuk itu memenuhi mulutnya.

“Balqis... Ma...ya.. tolong..” tiba-tiba sahaja gegendang telinganya bergetar apabila namanya dipanggil.

“Siapa?” Balqis yang menggigil tidak sedar gelas yang dipegangnya terlucut daripada tangan. Matanya melilau mencari suara itu diruang tamu tetapi tiada sesiapa yang kelihatan. Suara itu mirip seperti Hamdan. Tidak mungkin dia berada disini pada waktu begini, detik hati Balqis.

Balqis melangkah keruang tamu, lampu yang tidak dipasang menyukarkan penglihatannya. Dia memandang ke arah tingkap yang diterangi cahaya lampu jalan. Kelihatan seseorang sedang berdiri disitu.

“Siapa tu?” Pandangannya tidak jelas, tetapi susuk tubub itu seakan orang yang amat dikenalinya. Balqis meraba-raba suiz yang berada di dinding dan apabila lampu dibuka dia terperanjat dan terjelepuk diatas lantai.

“Arghh!!” Seorang wanita telah menggantung dirinya di kipas ditengah ruang tamu rumahnya. Balqis yang tidak mampu melakukan sedaya upaya mengesot mahu melarikan diri.

“Mama!” suara Shiqa memeranjatkan Balqis yang dalam ketakutan. Balqis seperti baru tersedar daripada lenanya. Dia melihat semula kearah ruang tamu, namun tiada sesiapa pun yang kelihatan. Malah orang yang menggantung diri itu juga tiada disitu. Balqis terus bangun dan menerpa anaknya yang terpinga-pinga.

“Jom kita masuk tidur” Balqis mengiringi anaknya ke dalam bilik. Didalam hatinya penuh persoalan. Adakah yang kelihatan tadi adalah benar atau hanya khayalannya sahaja.

Cahaya matahari yang terik itu telah menembusi tingkap bilik Balqis. Kehangat yang dirasakan dimukanya membuatkan Balqis tersedar daripada tidurnya yang lena. Dia membuka matanya dan melihat Shiqa sudah tiada di sebelahnya. Dia segera bangkit dan mencari anaknya disekitar rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience