BAB 6

Horror & Thriller Completed 1036

Balqis menceritakan segalanya mengenai rumah yang diduduki kepada Mak Esah. Setiap gangguan dan apa yang dilihatnya diceritakannya kepada Mak Esah. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Shiqa. Keselamatan anaknya paling utama sekarang ini.

Mak Esah tidak mampu berselindung lagi, keningnya dikerutkan, terserlah wajah tua ini wanita ini sudah dimamah usia. Mak Esah bangkit daripada kerusinya, terasa resah didalam hati.

“Mungkin roh itu sudah kembali..” Mak Esah memegang kepalanya yang sedikit pening. Ketakutan yang selama ini dikatakan lenyap sudah kembali lagi. Ayat yang terpacul daripada mulut Mak Esah dapat didengar dengan jelas oleh Balqis. Dia terus bertanyakan banyak soalan.

“Roh? Apa maksud Mak Esah ?” Balqis inginkan Mak Esah berterus terang.

“Roh yang tidak tenteram” Mak Esah meramas kedua tangannya. Perasaan risau amat terserlah. Rambut yang diikat kemas juga telah berserabai. Tidak dapat dibayangkan jika roh itu datang menganggu semula, akibatnya seluruh ahli keluarga tersebut akan binasa!

“Apa yang sebenarnya berlaku?” Balqis benar-benar mahukan Mak Esah menceritakan segala-galanya.

Mak Esah menyatakan ada sepasang suami isteri tinggal disitu tidak lama dulu. Mereka tidak dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin. Namun sesuatu telah berlaku apabila wanita ini mengandungkan anak sulung mereka. Ada yang mengatakan ada roh jahat yang telah mengambil anak itu dan membunuh pasangan suami isteri itu. Khabar angin juga ada mengatakan bahawa wanita itu telah membuat perjanjian dengan iblis untuk mendapatkan zuriat dan akhirnya mereka yang menjadi korban.

Pihak polis telah menyiasat perkara ini, mereka membuat andaian bahawa ada rompakan yang berlaku didalam rumah itu dan perompak itu telah membunuh pasangan suami isteri itu dengan kejam. Kes itu telah lama ditutup dan tiada siapapun tahu kisah sebenar.

Balqis menelan air liurnya yang terasa amat pahit. Dadanya berombak kencang apabila memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini sekiranya dia masih lagi tinggal dirumah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience