BAB 7

Horror & Thriller Completed 1038

Balqis melangkah laju meninggalkan rumah Mak Esah, fikirannya buntu. Apa yang harus dilakukannya saat ini?

“Aku harus pergi! Ya, pergi jauh dari sini” Balqis mereka sendiri. Otaknya tidak mampu berfikir lebih dalam lagi. Keselamatan anaknya menjadi tanggungjawabnya sekarang ini. Butang lift ditekan untuk ke tingkat bawah.

“Kau tidak akan terlepas daripada sumpahan ini!” Suara itu betul-betul menyentap ulu hatinya. Balqis mematikan langkahnya, dia kaku disitu. Nafasnya kini tercungap-cungap. Sesak nafasnya.

“Siapa itu?” Balqis tidak mampu menoleh. Air liurnya ditelan dengan rasa kelat.

“Kau betul-betul tak ingat pada aku?” Suara wanita itu garau. Meremang bulu roma.

Balqis menoleh perlahan. Disisinya kelihatan wanita yang dijumpainya sewaktu mula-mula menjejakkan kaki ke sini dulu. Wanita yang dituduh kurang waras.

“Aku Mak Esah. Kau lupa pada aku?” Wanita itu tersenyum sumbing.

Balqis mula keliru. Dia memegang kepalanya yang seakan pening. Dadanya sesak.

“Tak mungkin! Orang gila!” Balqis terus memasuki lift yang terbuka dan meninggalkan wanita itu sendirian. Terdengar hilai tawa wanita itu menyebabkan Balqis mula merasakan apartment ini berpuaka!

Balqis berlari memasuki rumah sewanya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terkejut apabila melihat rumahnya dihiasi dengan lampu yang terang dan ada bena ynag tertulis “Selamat Hari Lahir Shiqa ” Balqis tergamam. Dia melihat sekeliling. Tiada sesiapapun yang kelihatan. Balqis cuba mencari anaknya didalam bilik tidur tetapi tiada.

“Shiqa ! Shiqa !” Balqis melaung. Tiba-tiba terdengar suara wanita ketawa di hadapan pintu masuk rumahnya. Balqis yang terkejut rebah di atas lantai.

“Kau masih tidak ingat apa-apa?” Wanita yang mengaku sebagai Mak Esah itu muncul lagi di hadapan pintu rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience